Yang ingin itu angin
Yang resap itu lesap
Yang tinggal itu kosong
Yang ada itu hilang
Berlari laju
berkejar bayang
Tiada yang dituju
Biar aku seorang
Aku ada
Tiada di mata
Impi dia
Yang tiada apa
p/s: she's hot!
December 29, 2008
~ Aku (tiada di mata)~
December 24, 2008
~Hilangkan itu, ganti yang baru (belum tentu)~
Jiwa yang hidup
Untuk hari bergirang
Untuk malam bermuram
Jiwa yang hidup
Untuk yang dikenang
Hati sentiasa ditandang
Mulus untuk ditatang
Aku maseh hilang
Maseh di situ
Maseh yang itu
Maseh yang sama
Degup yang bergelora
Yang Satu
Tiada henti menduga aku
Hilangkan yang itu
Ganti yang baru
Belum tentu
Hati kaku
Aku buntu
Tunduk
Kuatkan aku
p/s: Si Polan, jangan pernah ada lagi
December 5, 2008
~...chinta~
chinta
dakap aku
tiap nafas
biar erat
tidak lepas
chinta
ke sini
tiap degup
ke mari
aku sanggup
chinta
resap aku
angin dingin
aku pingin
chinta
jangan pergi
aku nanti
biar hati
jangan sakiti
p/s: chinta ; aku maseh ada... (di sini)
Posted by Gloomy at 12:10 AM
December 1, 2008
~...nyawa,hati, jiwa~
Kepada Nyawa,
Jangan berhenti bernafas
Tegar...biar saja gelodak itu
Chinta dan serakah
Jangan mengganggu
Temanggu (aku)...biar saja jadi batu (kamu)
Kepada hati,
Jangan berhenti berdegup
Tenang...biar saja (kamu) bersenang
Telus dan tulus
Jangan di pandang
Akur (aku) ...biar saja tersungkur (kamu)
Kepada jiwa,
Jangan terus meronta
Diam... biar saja (kamu) berlantang
Kaseh dan mulus
Jangan ditatang
Rajuk (aku)...biar saja terduduk (kamu)
Aku
Sudah tiada
Yang gembira
" u must be happy now..."
November 6, 2008
~...Jangan Pernah~
Rentap
Biar jatuh luluh
Kaseh
Tiada sentuh
Meratap
Yang mati
Biar Hati
Bertugu sepi
Tersedu
Biar begitu
Kamu berlalu
Ditikam aku
Biar mengadu
Tiada kamu...
Al-Yamin
Sesungguh hati
Biar Tuhan aku
Berbalas nanti
Di saat itu
Jangan pernah
Terlintas aku
Jangan pernah
Berpaut aku
Jangan pernah
Mendayu aku
Biar kamu begitu
Rasai aku...
p/s: :(
October 28, 2008
~Bintang, kamu dimana?~
Aku
Tabur Ijab
Kepada yang berharap
Moga ada
Yang ingin menatap
Aku
Menanti dengan Qabul
Kamu
Yang bertaqlik, sepenuh hati...
Bintang, kamu di mana?
Berkedipan terang
Jauh di sana
Menggapai...
Tidak sampai
Bintang, kamu di mana?
Yang Satu
Tiada henti
Menguji
Aku di sini
Yang Satu,
Aku sujud
Aku tahu
Ketentuan-Mu
p/s: Bersangka baik dengan Tuhan!
October 16, 2008
~aku di sini (maseh)~
Sudah membatu hati
Ukir yang mahu
Walau mati
Tiada nadi
Hancurkan tugu
Kemari datang
Bintang-bintang
Pergi jauh
Aku luluh
Menggapai yang tinggi
Tidak lampai
Akur menanti
Mungkin suatu hari
Yang tinggi jatuh ke bumi
Chemistry
Untuk kaseh hati
Hilang larut
Aku turut
Jiwa ronta
Kaseh gelora
Tiada kata
Akur
Redha
Mungkin
Suatu hari
Mimpi
Tiada lagi
p/s: awak ingat saya...? Yeah, ingat...everyday!
September 23, 2008
~Kepada Jiwa...~
Untuk jiwa yang bercelaru
Berhenti, tunjuk aku
Jalan yang satu
Untuk aku tuju
Untuk hati yang berlara
Berlabuh
Berpeluk tubuh
Biar tiada yang sentuh
Yang kacau biar hilang
Yang bilau biar tenang
Ketepi yang bingung
Jiwa
Hati
Kaseh
Tuhan
Lebarkan lagi jalan aku
Aku maseh tunggu
Yang satu...
September 9, 2008
~...kamu: yang tiada pernah henti...~
Tiada pernah henti
Kamu carik lara hati
Kamu, sudah ada ganti
Aku dicari lagi...
Aku
Cari ribut biar kalut
Simpul serabut...kusut
Berlari kencang
Biar jauh mengenang
Mencari aku yang sudah lama hilang
Kamu
Maseh mencari
Tiada yang pasti
Sundal serakah pingin dimiliki
Mulus dibuang pergi
Biar
Suatu hari
Pasti mengerti
Aku..di sini
Menanti
Saat kamu mengerti
Haiihhh..
p/s: Happy Birthday to u!
September 2, 2008
~...Tuhan, tolong hamba~
Tuhan,
Tolong hamba yang satu ini
Bersihkan hati
Dekatkan untuk mengaji
Hapus lara yang keji
Tuhan,
Tolong hamba yang satu ini
Buang jauh penyakit hati
Sirami yang suci
Agar hati tidak berlara lagi
Tuhan,
Tolong hamba yang satu ini
Kasihi
Ampuni
Rayu
Sujud
p/s: bekas teman hati tidak henti susahkan hati!
August 13, 2008
~...sudah ada (ganti aku)
Terhoyong
Melayang
Longlai
Tika mana
Dia yang dipuja
Aku entah di mana
Cepat lupa
Senyum kosong
Tawa kosong
Hati kosong
Aku gelong
Ada saat
Aku tunduk
Hati kabut
Bukan kamu yang menjemput
Terbayang
Saat mengenang
Separuh hilang
Sakit bukan kepalang
p/s: Dia sudah ada (..yang baru)
August 4, 2008
~...sakit~
Kepada gadis dahulunya teman
Kerap tersiseh kala mengenang
Hati sayu bukan kepalang
Bila dikhianat, hati tidak keruan
Kerana dia hilang senyuman
Helah dia, mula bermusuhan
Hati sakit
Bila berbangkit
Hati gundah
Jiwa merekah
Tuhan, hilangkan semua dari aku
Tuhan, tabur kaseh untuk aku
Tuhan, buang terus luka yang lalu
Tuhan, tolong aku
Saat ini
Aku mengaji
Untuk kamu, untuk dia, untuk ini
Tuhan, hilangkan yang berkelahi
July 31, 2008
~biar..tidak endah~
Putus tali
Layang-Layang hilang pergi
Puas mencari
Tiada dahan dipauti
Ke sana ke sini
Terbang lagi
Kerap temui
Rapuh tidak bertali
Terbang lagi
Mencari yang pasti
Mengharap kamu, mengharap dia, mengharap semua
Tiada yang indah
Semunya susah
Hati gundah
Bila tengadah
Aku salah...
Biar..tidak endah...
July 24, 2008
~...di saat itu~
Di saat berjalan
Di tapak langkah
Terdetik
Hati berzikir
Pernah dia terlintas aku?
Hati meratap
Yang lesap
Tiada henti
Menanti lagi
Biar temanggu
Aku tunggu
Hanya kelam
Temani malam
Hingga pagi
Titip suram
Hati pedih
Tagih kaseh
Hati rayu
Meratap sayu
July 16, 2008
~...Bila sudah kecamuk~
Huru hara
Bila mana
Emosi berkocak kencang mahu lepas
Haiihh...
Bingung
Ketika mana
Chinta hati tidak henti kusut hati
Haiihhh
Bila dendam
Kaseh padam
Bila ungkit
Hati sakit
p/s: hurmm... semuanya itu!
July 14, 2008
~...Tekad (sudah akhir, barangkali)~
Untuk yang ke sekian kali
Tekad lagi
Hapus semua
Pedih lara
Akur bila tersungkur
Harap, tidak tertiarap (lagi)
Kali ini
Pasti
Biarkan dia
Sesuatu yang bukan dipuja
Jangan lagi
Bergundah hati...
Pujuk hati
Sekali lagi
p/s: Jangan Pernah Berhenti Berdoa
July 13, 2008
~...cari mulus~
Berkerumun
Junjung...bila disanjung
Berpaling
Pergi...bila seorang
khilaf
lazim
Ketika di atas
Saat di bawah
Mual dengan lagak selongkang
Bila mahu lekang (untuk yang ikhlas)
Jelik
Ketika mana kamu-kamu bergaya lancung
Celik mata
Pandang hati
Cari mulus...
July 8, 2008
~...Sundal~
Usah mengidam lagi
Bukan aku
Ingin ditemui
Sundal...yang dicari
Kaseh sudah pergi
Chinta Sundal yang dimimpi
Aku maseh bertarung
Undang siseh biar murung
Sia-sia
Biarkan saja
Tiada yang akan berubah
Sudah abadi ia berkubah
Bila pulih
Terus melangkah jangan toleh...
July 3, 2008
~ Denai dahulu...~
Puas di halau
Menghuni, tidak ganjak
Biar dipulau
Asal hati galak
Biar bergenang
Biar meraung
Biar dicaci
Saban hari
'Dia adalah chinta aku...!
Dia juga khianati kamu
Dia juga sakiti kamu
Dia sudah berpaling dahulu
Sudah lama berlalu...
Buka mata
Lapang dada
Bukan dia
Patut puja...
July 2, 2008
~Kelam~
Tidak perlu kepada matahari
Jika pudar segala cahaya
Tidak perlu kepada kirana
Jika jelik segala seri
Kelam di kala terik
Membatu ketika bergalak
Tidak serik
Biar terpelak
Mahu lagi
Sebegini...
Nyala bara di angin kencang
Mencagar, kilauan mungkin terang
Sudah tentu padam
Tidak perlu mengidam
Hingga hati dendam
Kepada hati
Jangan degil lagi
Biar pergi
Hilang sendiri...
June 30, 2008
~sudah jerih untuk berperih...~
Bila tiada manisnya
Hilang sudah serinya
Bila tiada kesehnya
Mulai rasa selanya
Hilang
Asing
Lelah berperih
Hati mulai jerih
Penat menatap
Kerap meratap
Biar saja
Takdir berpentas
Akur saja
Yang baik mungkin melintas
Di suatu saat
Bila sesat
Jangan pernah
Aku di ingat
June 26, 2008
~...chemistry...~
Kepada Pelangi yang bawa untung,
(Aku)
Ingin saja mata teriak (setiap kerdipan)
Luah rasa yang kian galak
Hendak saja hati melaung (setiap nafas)
Ungkap kaseh yang sudah tergulung
Degup berkobar
Mahu melonjak keluar
Kemudi rasa yang meronta
Kelola rasa yang beringas
Agar tiada yang terkandas
(Kamu)
Hanya singgah
Ubat gundah
Tiba saat
Hilang resap...
p/s : pelangi petang by sudirman
June 24, 2008
~ Mahu lagi (tengadah...)~
Berulang kali
Curah air di daun keladi
Sering kali
Palu kepala sendiri
Benak
Buta
Dungu
Mahu lagi
Tidak pernah berhenti
Keras hati
Sakit sendiri
Sudah tahu
Tidak perlu tunggu
Biar mengelak
Dari terus melalak
~Wedding Fairytales~
"There is nothing half so sweet in life. As love's young dream..."
"...Whatever souls are made of, his and mine are the same..."
"Two souls with but a single thought,Two heart that beat as one..."
aty + omar
p/s : kawen fever...!
June 21, 2008
~It is not strange ... to mistake change for progress~
Aku mahu berdandan chantek
Aku mahu bersolek yang indah
Moga-moga aku sahaja yang kamu menjenak
Harap-harap kaseh kamu tidak berbelah
Ya, untuk kamu
Ya, untuk aku
Hanya kamu
Abaikan aku
Aku juita
Kamu kirana
Aku derita
Kamu biar merana
Tidak semua menuju serakah
Tidak semua hanya mahu indah
Idam yang biasa
Damba yang hampir sempurna
Pandang aku
Di setiap kerdipan kamu
Agar aku
Sentiasa di situ
June 16, 2008
~Agonize + Poignant syndrome~
Keramaian yang galak bingar seolah di pasar. Suara girang riuh kencang, hampir semua bertempik garang...Tiada satu pun yang terngiang, seolah keadaan sunyi kelam.Hanya sayup bisik degup hati (berdebar).Apa lagi yang di impi?
Menggagau-gagau mencari
Yang ada cuma sepi
Berperih lagi
Pasti ; suatu hari (akan ketemui)
'aku nak kau cari aku di dalam kau! Tak jumpa kan? Sebab tak pernah ada...'
Murung, bila tiada yang berubah
Gusar, maseh ada yang tersasar
Menanti sesuatu, maseh keliru
Apa yang ditunggu, tiada yang tahu
Maseh lagi di sini
Setiap detik (mencari)
Kepingin
Pasti ada...
June 15, 2008
~Menggapai kamu (tidak sampai...)~
Kepada pelangi yang bawa untung,
Jangan biarkan sahaja aku berjalan hungga ke hujung dunia
Nanti hati sendiri sesat teraniaya
Jangan biarkan saja aku terbang ke bulan
Nanti raga sendiri tidak keruan
Ghairah mahu memiliki
Serakah mahu merangkul
Tidak endah,
Biar saja mulus disakiti
Menggapai kamu...(tidak sampai)
Jangan nyala api dalam linangan titisan
Jangan cabar arus yang lazim tenang
Aku yang rasa bahang
Aku yang rancak bergoncang
Ya, aku mahu (kamu)
p/s: 'heartbreaker' by wil i.am
June 11, 2008
~Mish u already,babes~
- mish them so much
- tk berubah wif all the 'ketapang' attitudes!lawaks yang geram+kutuk diri sendiri sebelum dikutuks!
- mish the old days
- neverending gelaks!
- faera yang makan banyaks, tak berenti makan tapi kurus n asyik bermain mata dengan kekaseh hati yang memakai baju pink (menyampah!).forever love! ;p
- me-yang tembam +gumoks+makan banyak!!!-nasi goreng kerabu yang sedap! mission make over akan di teruskan..from top model to supermodel= superstar! (jgn geram plis)
- lea-yang....sbb die happy+umah cunz+hubby cool+keta cool+her hotbabes yang manteps!of course la i lap u laling.malam ni abang tido umah yayang k!hahaha
- zura-terkenang kisah lama sbb her so called future bf yg tk jadi tetibe join.oopppsss!neway,best lepaking wif u. n of course, our girls talk! love u babe!
- zt-love u so much babe!tk sangka dh tukar profession-stalker,mis know it all (gossips+hotstory). neway, dat guy yang hampir kena jampi serapah pun datang..ooppss!
- maher and the gengs!!!-thanx for the foods.sedap pliss.xcept 'lam-zura fav word(lamb)
p/s : ye saya gemoks! oopps hehe ;p
June 5, 2008
~T..U.H.A.N~
Tuhan,
tolong hamba
Bersihkan hati
tolong hamba yang satu lagi
Buka kan hati
Tuhan,
Syukur
Reda
Harap
yang Tenang
Tuhan,
hanya Engkau
Maha Segalanya
p/s: Im not happy (if u're happy)
June 3, 2008
~tentang kamu: L.O.S.E.R~
Aku mahu di setiap saat
Kamu titip setiap hembusan dingin aku
Aku mahu di setiap detik
Kamu harung setiap gelodak lara aku
Chinta serakah
Kaseh merekah
Kamu muda di usia tua
Kamu di bawah ketika semua di atas
Kamu maseh mencari di saat kamu temui
Kamu tidak ke mana jika maseh begini
Yang di sini mahu
Yang di sana ingin
Sini merayu
Sana kepingin
Aku mahu melihat setinggi mana kamu terbang di atas
Aku mahu melihat sejauh mana kamu pantas berlari
Aku mahu melihat sepandai mana kamu bijak mengatur
Aku mahu melihat di saat kamu tersungkur (gelodak kamu tidak akur)
Gembira kamu untuk sesaat
Bertepuk kamu untuk sekedip
Girang kamu untuk senafas
Jatuh selamanya kamu tumpas
Di saat itu
Jangan cuba
Terlintas aku...
p/s: Zaf & Lah VE - Aku Bukan Untukmu
May 22, 2008
~...Lazimnya, maseh tenang...~
Aku dongak menjenak kerlapan yang mencalak
Untuk aku barangkali...
Mencari rizab menyimpan kilauan yang terpelak
Untuk aku menyuluhi (yang gelap itu)
Lantang berkata
Akur menerima?
Mahu berpindah
Ketika gundah?
Bukan penyudah...
Menyongsong kamu, kepingin mahu ketemu
Tidak endah, akur mengalah
Menanti yang lain, bertongkat dagu
Tidak seresam, aku termanggu
Sekiranya dia tahu, manisnya madu
Tidak dibuang begitu
Seandainya dia tahu mulusnya aku
Tidak sampai berpaling dari situ
Usaha perih
Zahir yang pedih
Tidak berputus
Mahu yang telus
Mencari aku di dalam kamu
Mencari kamu, tiada di situ
Tunduk terima
Pasti ada
p/s: mode old skool songs. pre-happy (Alhamdulillah)
May 21, 2008
~...If You Could See me Now~
Dedicated to my dear Banana,
(poem + luv letter sent by him to her)
I turn away, tried to ran as far as my feet can take me,
Although, now you're far away from me, 
I can see your cruel smile in my mind,
And then, the skies went pitch black.
It's raining now,And I have nowhere to go,
Not a small shade from the rain to shelter me,
Broken, battered, profusely bleeding.
You lashed your horrible whip against me,Again and again,
With the malevolent eyes of yours,
Never, for once, would you stop.
I shielded my tattered soul with my arms,
Even my broken arms can't take it anymore,Lost,
I abandoned my guard,With a fiendish smile, you continued your lashing...
Yearning For The Impossible
Sparks of a burning desire,I once had, quite some time ago,Reignited.
The night was,Calm, quiet and comfortably cool,
But, a heavenly ardor raged.
I was alive,With such glorious emotions,Flowing across my veins.
I ran, fast like a dark horse,I swam, quick like a stingray,I flew, smooth like a hawk.
Secretly, I longed for it to last,As long as it would stretch itself,I wonder, will it be?
Today, the skies are gloomy,The winds is hard, and cold,The signs to come?
p/s : Yes, my dear banana, this is for you to read, understand and comprehend!
To my love (my dear Banana...),
None of my blogs are attempts for me to put you down low, whatsoever. You mean quite a lot to me now, much more than in the past. I just hope that you'll give me a clear indication of where we stand right now. I don't like to be seated in the bench of a long list of those who are waiting line. I want to be the only person in the line. Let me type that again : I want to be THE ONLY PERSON waiting in the line, now, not tomorrow, not next week, not next month, not next year, I want it NOW!

I really do not know what you take me of nowadays. I really don't know what it meant for you, last Sunday. I really do not know. Whenever I pop the question to you, you'll just post some smilies.
I know your current job is taxing your time to the limit. I understand that, I've been in your shoes many years ago, and sometimes, nowadays too. In my case, it's pretty hard, especially when you're not only the eldest in the family, but also the eldest's grandson in the family. The burden placed on the shoulders is too heavy, sometimes I slip and fall, hard. But I try to get up, although my knees are bleeding and my arms hurts so much. I get up and get moving again.
Now, although the burden is still heavy as ever, I intend to pick it up a notch. No more fooling around like what I used to do in the yesteryears, no more keeping the burden of being burnt from the past ( although the scar is there, and will be there for quite a while ), no more taking heed of what others say ( although I really don't give two shits up their sorry arse of what they think of me ). Sadly, the only person I can go to whenever I'm going to break down to pieces, is no longer there for me.
I'm hoping you'll be the one, I seriously do. It's a once - in - a - lifetime investment, it'll pay trillions' worth of happiness for a very long time, and I intend to sign up with you.
Pretty please?
love,
player9977@esso
p/s : If You could See Me now...(neverending luvstory 2007 :banana (the girl la...))
May 20, 2008
~...pasti (aku kira )...~
Menyuluh aku walau samar (Aku redha...)
May 18, 2008
~...Tuhan, tolong hamba...~
Dia dan Kamu : bayang-bayang hitam aku
Tidak pernah lekang dari ruang aku
Hukuman dosa-dosa gelap dulu?
Sampai bila mahu begitu?
Dimana-mana saja ada dia dan kamu...
Haiihh...tidak hening malam
Tidak aman gelodak jiwa
Berdebar rasa
Aku berlara
Sampai bila?
Tuhan, tolong hamba
Tuhan, buang mereka
Tuhan, kasihi hamba
Tuhan, hilang mereka (dari aku)
'Jangan biar hidup kamu dihantui oleh masa lampau. Lepaskan dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau...Kamu tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya sibuk memikirkan masa lalu,mengiyakan istana-istana yang megah, sebaliknya sibuk menguruskan reruntuhan bangunan lama. Tidak perlu menoleh ke belakang kerana hembusan angin sentiasa menghala ke depan , air mengalir menuju ke depan, kafilah berjalan ke arah ke depan. Justeru, jangan la cuba menentang arus, aturan hidup dan sunah alam,' -Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al- Qarni (Don't Be Sad)
P/s : your joy is your sorrow unmasked -khalil gibran
















































