March 31, 2008

~Sang angin yang bawa berita...(bukan aku yang buat cherita~

Si fulan kata aku lebih chantek dari dia, rupanya chantek tidak jamin apa-apa
Si anu kata aku lebih tulus dari dia, rupanya telus tidak erti apa-apa
Si dia kata aku lebih bernilai dari dia, rupanya nilai tidak beri apa-apa
Kamu buta pilih dia dari aku yang semuanya ada?

Orang sana berseloroh kamu sedang buta pilih dia
Orang sini bersinis kamu sedang rabun kagumi dia
Orang sebelah mengelopong kamu sedang berenak dgn dia
Kamu keliru antara aku dan dia?

Mereka pujuk aku, kamu dan dia tidak sampai kemana
Mereka peluk aku, kamu dan dia hanya sementara
Mereka petua aku, kamu dan dia...biarkan sahaja
Mereka pesan aku...ramai lagi yang segak di luar sana...

bukan aku yang buat cherita...
si fulan , si anu, si dia, orang sana, orang sini, orang sebelah dan mereka-meraka yang berkata...(begitu)
Aku dengar-dengar saja
Bukan semua ini yang aku pinta...



March 28, 2008

~...mencari kamu sempurnakan aku...~

Bagaimana mahu menari inang kalau kamu tidak berdendang?
Bagimana mahu berseloka kalau kamu tidak melangkah?
Bagaimana mahu bersyair kalau kamu tidak bergendang?
Semuannya tidak kena, kalau bunyinya sumbang ...

Bagaimana mahu berlayar bahtera kalau tiada nahkhodanya?
Bagaimana mahu mimpi bersama kalau aku yang lelap matanya?
Bagaimana mahu cari pelangi indah kalau tidak henti hujannya?
Semuanya hampa belaka, kalau maseh prasangka...

Biarlah aku berinang seorang dari tunggu kamu berdendang
Biarlah aku berseloka seorang dari tunggu kamu mahu melangkah
Biarlah aku aku bersyair seorang dari tunggu kamu bermain gendang

Biarlah aku bersampan capah dari tiada nahkhoda melayar bahtera gah
Biarlah aku bermimpi lena dari terus terjaga hati merana
Biarlah aku menunggu matahari dari termenung menanti hujan berhenti untuk mencari pelangi...

Semuanya tidak menjadi kalau tidak berbunyi (bertepuk sebelah tangan)...

p/s: Sepatutnya, tak perlu jadi begini...

March 27, 2008

~hanya DIA yang tahu...(betapa perih nya aku)~

Mahu saja minta di cabut jantung untuk tidak kenang kisah semalam. Mahu saja minta di mati untuk tidak ingat kisah semalam. Mahu saja minta di hancur kepala untuk tidak di fikir hari semalam...Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku bermatian terusan bernafas (tersekat-sekat) untuk sambung nyawa yang sedang nazak tidak mahu mati ini...

Hati kabir mula mencengkam hati mulus (merasuk jahat hati mulus ini) ; Mana dia sabar yang akan tampung aku itu? Mana dia hikmah yang akan padam hati lara aku? Mana dia hati yang kuat untuk aku? Sampai bila mahu terusan begini? Astagfirullah hal'azim...Sudah terpesong paksi pegangan aku kerana lara ini. Sudah tidak ada iman aku kerana lara ini. Sudah hilang sifat mulus aku kerana lara ini? (ampunkan aku Ya Tuhan)

Semoga cepat hilang semua lara pedih ini, semoga cepat sembuh lara parah ini, semoga cepat lesap lara sayu ini. (Insyallah). Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku bermatian terusan bernafas (tersekat-sekat) untuk sambung nyawa yang sedang nazak tidak mahu mati ini...








March 25, 2008

~mahu yang baik-baik sahaja...~

Semoga tiada lagi yang hasut hati-hati telus ini ;

Semoga tiada lagi prasangka jahat untuk hati-hati telus ini;

Semoga tiada lagi yang mahu pincangkan hati-hati telus ini;

Semoga tiada lagi yang mahu rungsingkan hati-hati telus ini;

p/s: Sejujurnya satu musibah sudah hampir selesai (Alhamdulillah, semoga tiada lagi yang ganggu hati-hati telus ini) , tapi maseh berat lagi untuk tanggung beban yang satu itu. Kalaulah tiada khilaf itu, mungkin takkan sampai jadi begitu...Kalau lah maseh ada hati kaseh, mungkin takkan sampai rasa tersiseh...

March 24, 2008

~kalau lah dia... (takkan jadi begitu...)~

Kalau lah dia tahu...sakitnya duka
Mungkin dia takkan biar aku nestapa
Kalau lah dia tahu... parahnya luka
Mungkin dia takkan biar aku rasa seksa...

Kalau lah dia rasa... peritnya sengsara
Mungkin dia takkan biar aku lara
Kalau lah dia rasa...pedihnya hiba
Mungkin dia takkan biar aku gulana...

Kalau lah dia jadi aku
Mungkin dia takkan buat begitu
Kalau lah dia jadi aku
Mungkin dia takkan sampai hati itu...

Semuanya jadi indah
Kalau lah masing-masing berubah
Semuanya jadi nyata
Kalau lah masing-masing tidak bersengketa...

Semuanya chantik belaka
Kalau lah tiada prasangka...
Semuanya jadi tulus
Kalau lah masing-masing telus

















March 23, 2008

~Ubat hati untuk kamu (bidadari-bidadari lara...)~

Untuk kamu ; hati bidadari-bidadari telus ; semoga di rahmati Allah (Insyallah...)

Aku hamba yang suka mengeluh : KENAPA AKU DI UJI?
Allah Yang Maha Mengasihani berfirman : 'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; " Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka sesungguhnya mengetahui org2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta"- Surah Al-Ankabut:ayat 2:3

Aku hamba yang suka meminta : KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU MAHU?
Allah Yang Maha Mengetahui : 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui...'-Surah Al-Baqarah: ayat 216

Aku hamba yang suka merungut : KENAPA UJIAN AKU SEBERAT INI?
Allah Yang Maha Pengaseh : 'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...'- Surah Al-Baqarah : Ayat 286

Aku hamba yang khilafnya (selalu) salah : KENAPA (PATUT KAH) AKU RASA KECEWA INI?
Allah Yang Maha Pemurah: 'Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 beriman...'-Surah Al-Imran : Ayat 139

Aku hamba yang lemah : BAGAIMANA AKU HARUS HADAPINYA (KECEWA INI)?
Allah Yang Maha Pemberi Rahmat : 'Wahai org2 yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi kesukaran dalam mengerjakan kebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada musuh dan bersedialah dengan kekuatan dan bertaqwalah kamu kepada Allah (balik ke jalanNya) supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)'

Aku hamba yang suka berharap : BAGAIMANA MAHU TENANG HATI INI?
Allah Yang Maha Penyayang : 'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk'- Surah Al-Baqarah: Ayat 45

'Cukuplah Allah bagiku, Tiada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal'-Surah Al-Taubah: ayat 129

Aku hamba yang suka mendengus : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Allah Yang Maha Besar : 'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri,harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...'- Surah Al-Taubah: Ayat 111

Aku hamba yang suka berputus asa : AKU SUDAH TIDAK TAHAN DENGAN UJIAN INI!
Allah Yang Maha Berkuasa : '...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir...'-Surah Yusuf : Ayat 12

p/s: Semoga kita kembali ke jalan itu (jalan Allah SWT.) Amin...Harap semuanya baik-baik sahaja



~bila sudah (jadi begini) ; mahu pasrah atau ubah...~

Bila sudah jadi begini
Bila sudah jadi begitu
Bila kamu mahu ini
Bila aku mahu itu
Mula lah tersentap keliru...(itu lah aku ; ini lah kamu)

Bila sudah hilang kaseh itu
Bila sudah lenyap ikhlas itu
Bila sudah khianat percaya itu
Bila sudah tiada setia itu
Mula lah cari mana perdu...(aku yang buat ini ;kamu yang buat itu)

Bila sudah jadi gelisah
Bila sudah merintih resah
Bila sudah keluh kesah
Bila sudah rasa merekah
Mula lah cari tikar sejadah...(Ampun ya Tuhan)

Bila sudah jiwa marah
Bila sudah hati gundah
Bila sudah diri tengadah
Bila sudah khilaf melatah
Mula lah tangan angkat menadah... (Taubat ya Tuhan)

March 21, 2008

~Bukan aku mahu begini ; kamu-kamu yang kepingin lara ini~

Kamu degil ya Mata! Tidak mahu lelap, tidak mahu pejam. Nanti aku yang tersengguk-sengguk...Kamu degil ya Hati! Tidak mahu tenang, tidak mahu senang. Biar aku yang berdegup kencang...hey Mata Hati! sudah-sudah lah renung yang indah...bohong semuanya. Sudah-sudah la menilik yang molek...karut semuanya!

Bukan aku yang mahu begini! Benak hati yang keras tidak mahu tenteram, benak hati yang keras mahu rungsing, benak hati yang keras mahu sulit. Bukan aku yang hendak begini! Naluri yang mahu susah kan hati, naluri yang mahu fikir songsang, naluri yang mahu pincang...

Kalau lah aku mampu halang mata, kalau lah aku mampu tentang hati, kalau la aku mampu rintang benak hati, kalau lah aku mampu galang naluri ; takkan mahu pilih begini, takkan mahu jadi begini...

Semakin mahu sampai ke hujung, semakin galak kamu-kamu ya!(mata,hati, benak hati,naluri)haaihhh...kamu-kamu mahu biar aku gelong? Ingin biar aku tersadung? Hendak biar aku meraung? Bukan aku mahu begini ; kamu yang kepingin aku mati...


March 20, 2008

~cherita tentang kamu;si hati LULUH~

si hati luluh : Babe, dia off hp babe...dia cakap nak pegi pulau dgn kawan keja dia...Tapi aku tau dia pegi dgn sape..Babe..betol lah dia pergi dengan si candal tu (jahat yang jelik)! meraung kuat si hati luluh (rasa mahu tercabut hati).

si hati mulus : Babe, sabar la. Ingat Tuhan...(pujuk si hati mulus). Bawa mengucap...pegi sembahyang,zuhur nak dekat ni...' pujuk lagi.Sampai bila mahu begini si hati luluh? Hati kamu sudah mahu tercabut tu...luka dalam, susah nanti mahu cari ubat.

si hati luluh: Sampai hati dia kan babe...kenapa dia buat aku macam ni? (meratap lagi) Apa dugaan yang aku terima ni babe?Sesungguhnya aku terlalu kecewa. Moga Allah sentiasa lindungi aku dan tabahkan hati aku.

si hati mulus : erm...dia tk de hati la tu, Tuhan Maha Adil, Tuhan takkan biar mcm ni..Babe,yakin la dengan kuasa Tuhan. Ntah bila hikmah itu muncul,tapi pasti datang. Sabar (aku pun rasa luka itu)- pujuk lagi (berkali-kali)

Sabar? bingit dengar 'sabar'. bengkeng (amat marah) dengar 'sabar'. sakit dengar 'sabar'. Sabar itu senjata jenis apa? sabar itu ubat apa? sabar itu boleh buat dia dan si candal itu meraung? kalau ya, aku nak sabar itu...Mana dia hati yang lentok bila dengan sabar?Mana dia hati yang sayu bila dengan sabar? Mana dia hati yang elok bila dengan sabar?

Makin aku dan kamu (si hati mulus) sabar, makin galak dia dan si candal berenak-enak! Makin aku dan kamu luluh, makin galak dia dan si candal tepuk gemuruh. Makin aku dan kamu kaku diam makin galak dia dan si candal merenyam! Aku mahu tahu di mana sifat-sifat mulus kamu semasa dulu? Mana sifat ehsan manusia kamu semasa dulu?

Hati sangat luluh bila terkelip tentang kamu dan dia (si candal). Sampai bila mahu ada sabar itu? makin lama makin luluh hati aku. Aku mahu tahu untuk apa sabar, jika kamu lantang paling dari aku ; bersenang-senang dengan dia (si candal) yang jelasnya belai kamu ke pintu neraka? Untuk apa sabar, jika kamu rentap nyawa aku; memeluk erat dia(si candal) dengan serakah (nafsu) kamu yang bergelora sampai ke neraka.Sudah-sudah lah...menari rongeng lah kamu di sini (neraka). Biar aku dan sabar itu, terkumat kamit di sana (syurga).

p/s : kepada si hati luluh, sudah-sudah lah...aku dan hati bidadari-bidadari ini ada untuk tongkat kamu. Pari-pari chantik ada menanti kamu. Biar lah dia dan si candal bersorak riang, bertepuk tangan yang lamanya hanya sekelip mata. Dan kamu (si hati luluh dan sabar kamu) bersenang tenang untuk selamanya. Insyallah.

ikhlas,chinta, kaseh;
si hati mulus


March 18, 2008

~sudah-sudah lah...~

Mahu amankan ronta hati dari kamu yang sudah berpaling pergi. Cherita kamu dan aku akan terusan di sini. Tidak ingin biarkan cherita kamu dan aku berlalu begini (membuat aku rasa ingin mati...) tapi kamu yang mahu berlari terus dari aku yang mulus ini...sudah-sudah lah...

Hanya diri rasa kaseh sejati, hanya diri rasa dihargai, hanya diri rasa dikagumi...Bila terjaga, hati rasa mahu mati, hati rasa dikhianati, hati rasa dibenci...haiihh, mahu saja terus lelap. Kenapa mahu jadi begini lagi? Kenapa mahu menangis sendiri? sudah-sudah lah...

Dia di sana sedang menari gembira, aku di sini murung berduka. Dia di sana sedang berenak-enak, aku di sini terusan teriak. Dia di sana sedang bertepuk tangan, aku di sini dibiarkan hilang...sudah-sudah lah..

p/s : bleeding love by leona lewis


March 17, 2008

~aku mahu tahu (cepat)~

Bagaimana mahu meniti hari-hari gelap yang compang-camping ini? Bagaimana mahu berlari cepat kalau kaki tergencat? Bagaimana mahu menggapai kalau tangan masih tidak sampai? Bagaimana mahu sembuh kalau luka terusan berdarah?Aku mahu tahu (cepat). Amat berat aku tanggung kali ini...

Mahu saja berlari cepat, tapi mahu kemana? Mahu saja teriak kuat, tapi kenapa? Mahu saja hilang lesap, tapi bagaimana? Mahu saja pergi jauh, tapi bila? Jasad mahu terima redha,hati mulus lempar buang jauh. Bagaimana mahu pujuk hati mulus ini? Aku mahu tahu (cepat) Amat berat aku tanggung kali ini...

Hanya diri mampu tolong sendiri. Mencari-cari tongkat untuk bangun sendiri, sampai bila mahu begini? Air mata degil tidak mahu berhenti sendiri, hati tegar tidak mahu semua ini. Bagaimana? Aku mahu tahu (cepat)

Ya Tuhan aku...tolong selamat kan aku :( Aku sudah sarat tanggung kepingin(rindu) itu, aku sudah jerih cari kaseh yang sudah tertutup rapat.

~Semuanya pernah untuk kamu...~

Percaya kamu ada ikhlas
Percaya kamu ada telus hati
Percaya kamu ada kaseh setia
Bohong semuanya itu...

Yakin kamu akan berubah
Yakin kamu mahu mimpi indah (bersama aku)
Yakin tidak akan buat gundah
Itu hanya mimpi yang tidak pernah sudah...

Idam mimpi yang berselerak
Idam tinggi tentang hadapan yang belum kemuncak
Idam semuanya baik-baik sahaja kelak
Tahyul..itu semuanya galak...

Masih percaya akan sisa tulus hati kamu
Masih percaya ehsan manusia kamu
Masih percaya akan perubahan kamu
Masih degil hati mulus untuk percaya kamu...

Lagi terus berharap yang baik untuk kamu
Lagi terus berharap yang senang untuk hidup kamu
Lagi terus berharap yang tidak berliku untuk jalan kamu
Lagi terus berharap yang sempurna buat kamu...

Puas lah hati kamu-kamu! Menari ronggeng lah kamu-kamu..bersorak bingit lah kamu-kamu; berlompat tinggi lah kamu-kamu (yang pasti akan jatuh runtuh menjunam ke bawah).





~(Alhamdulillah) Sudah lepas karma aku ; tunggu karma kamu-kamu!~

Alhamdulillah...sudah lepas karma aku, sudah lepas beban aku, sudah lepas ngeri aku. Syukur untuk Tuhan aku. Cherita lara tentang kamu belum akhir, baru mula mukadimah... Harap sisa kudrat masih ada untuk tentang lara itu. Harap roh masih tegar untuk lawan lara itu, harap jasad masih upaya untuk tahan lara itu...

Kepada kamu yang pernah jadi separuh aku (si hati jelik) ; sampai hati kamu...sudah tidak ada hati manusia lagi? sudah tidak ada hati bersih lagi? sudah tidak ada ehsan manusia lagi? sudah tidak ada sisa kaseh manusia lagi? telus ikhlas aku semaikan, bertualang berpaling hati kamu lemparkan.haiihh sampai hati kamu... Tidak sedar apa yang kamu larapkan?sebab apa? kerana tiada iman? Tidak sedar apa yang kamu lakukan?sebab apa? kerana tiada hati manusia? Kerana hati kamu sudah buta? Ini paksi kaseh kamu? ini paksi hidup kamu? Kamu lebih malang dari orang yang tiada tulang brlakang! Sampai bila mahu jadi begini? Sampai bila mahu ulang yang sama? Sampai bila hati mahu tergamak begini? Sampai bila mahu berenak-enak dengan hati bidadari-bidadari telus ini? Tidak takut hukum Tuhan? Tidak takut karma Tuhan?

Kepada kamu si hati lunak ; sifat kamu yang lunak ini sudah salah hitung. Lunak kamu salah tempat, Lunak kamu luka hati aku, lunak kamu kecamuk hati aku, lunak kamu duri beracun yang sangat panas buat aku. Bukan tunding jari aku untuk kamu, hanya buka pekung hati lara aku yang hampir mati kerana niat kamu yang telus itu (yang kamu kira di landasan yang betul). Kerana niat yang mahu tatang hati luluh aku itu, buat aku hampir runtuh. Kerana niat kamu yang mahu buat aku senang itu, buat aku hampir gelong (gila). Kerana niat kamu yang mahu buat tolak musibah aku, buat aku hampir hilang jasad dan roh aku ;ini niat telus kamu untuk aku, aku redha dengan kamu...

Kepada si hati tegar ; ini karma yang aku tunggu untuk hukum aku. Ini karma aku untuk sikap gelojoh aku. Ini karma aku untuk sikap abai kamu pentingkan aku, ini karma aku untuk sikap berpaling aku dari kamu, ini karma aku untuk hancur hati kamu menangkan hati aku. Maaf yang tidak pernah putus dari aku untuk kamu. Aku sedang rasa sakit itu, aku sedang amati perit itu, aku sedang bersengsara dengan luka itu. Aku sedang rasa hancur hati itu...haiihh..karma yang paling menyakitkan aku (Alhamdulillah sudah lepas karma ini). Tuhan aku hikmahkan karma yang sakit untuk lepaskan hati rasa salah aku untuk hati kamu. Maaf yang tidak pernah putus dari aku...

Harap cherita pedih ini sudah ansur akhir, harap cherita lara ini sudah ansur ke hujung, harap cherita luluh ini ansur hilang...Hanya tinggal sisa jasad yang hampir runtuh, roh sudah hilang...harap semua yang baik sahaja. Insyallah...


March 16, 2008

~sudah tidak mahu ; sungguh..~

Sudah berjerih-perih untuk ke sana
Sudah termengah-mengah untuk berlari cepat
Sudah penat lelah untuk melangkah
Sudah letih lesu untuk mencari angan-angan yang tidak pernah ada zahir

Sudah tidak ingin ada iktikad untuk itu
Sudah tidak idam ada harapan itu
sudah tidak hendak hajat itu
Sudah tidak mahu semuanya....

Sudah tidak mahu kejar angin itu
Sudah tidak mahu cari pelangi itu
Sudah tidak mahu ada chahaya itu
Benci semuanya...

Mahu ada malaikat kuat dalam jasad
Mahu ada kudrat untuk tentang
Mahu ada tongkat untuk bangun sendiri
Mahu ada ubat untuk luka perit ini...

Sehingga bila mahu siksa jasad sendiri? Sehingga bila mahu menangis lagi, sehingga bila mahu merajuk dihati...sepatutnya sudah lama berhenti, sepatutnya sudah lama berakhir, sepatutnya sudah tenang semuanya...Puaslah hati kamu; tegar biar aku harung sendiri (jalan duri berliku yang amat gelap ini).Harap kamu senang untuk terima jalan cherita yang sama kelak! :(

March 13, 2008

~nota pendek kamu untuk dia...~

Nota pendek dari kamu (pelangi samar) untuk dia (yang sudah diikat);

Memang selalu berat mengawal semua ini..dari semua masalah yang kamu hadapi. Dari semua kesendirian egois yang kamu lewati. Aku hanya menjadi penonton yang bisa bertepuk tangan menyemangati ...

Aku ingin berperanan dalam panggung besar mu ; entah kapan kamu bisa melihat kalau aku sebenarnya tidak hanya bisa bertepuk tangan di bangku penonton...

Maaf,aku selalu memilih begini untuk menyampaikan pesan yang sulit keluar dari mulut ku...

March 12, 2008

~pelangi samar; pasti akan hilang~

Di uji dengan lara, di anugerahkan dengan rasa gembira ; rutin untuk aku. Masih tidak tetap arah, masih tidak tetap haluan. Yang mana satu mahu? Tidak kena dengan hati, buang jauh pergi ; tak sampai hati, siksa diri!

Pelangi samar sudah nampak dari sini ; tapi pasti akan hilang. Merajuk di hati lagi. Tidak mahu pelangi itu, menanti yang lain. Pasti akan datang? Tiada jaminan untuk itu. Teringat janji Tuhan aku ; semua hikmah itu pasti datang.

Kepada pelangi samar ; aku sudah bersedia untuk kamu hilang. Memadai hanya menikmati kamu yang sangat chantik itu.

Kepada kamu ; Tetapkan hati kamu, berusaha untuknya! Hanya diri masing-masing perlu ubah dan menerima dgn tulus hati kamu- Insyallah,pasti hampir sempurna...

March 11, 2008

~apa yang kamu sudah buat?~

Masih ingin kenang hari semalam walaupun sudah lama berlalu hilang. Masih mahu bebankan jasad ini kenang hari semalam...untuk apa? Tiada daya kudrat melawan hati mulus ini untuk menahan dari kamu...untuk apa?Tiada daya membentuk rohani yang semakin longlai kerana kamu...Hari-hari jalani hidup gelap yang amat kosong...untuk apa?

Hanya diri mampu tampung aku.Hanya diri mampu buang kamu. Hanya diri mampu buat semua itu. Mana kudrat itu...bila rohani semakin longlai kerana kamu.Ini kah yang kamu harapkan?Inikah yang kamu balaskan?Inikah yang kamu inginkan?-kamu sudah menang ; tolong henti semua ini!

Ya,cherita kamu sudah habis...Mahu tulis cherita baru untuk orang baru, untuk sekeliling yang baru, untuk lara yang baru, untuk gembira yang baru. Harap lara cepat pergi...

p/s : saya sangat rindu dengan kamu yang dulu :(




March 6, 2008

~masih ; ingin~

Kenapa masih ingin ke jalan yang sesat itu?

Kenapa masih ingin menetap di hari semalam?

Kenapa masih ingin ubat luka yang sudah jadi parut?

Kenapa masih ingin ada harapan?

March 5, 2008

~...datang cepat...~

kepada pari-pari itu ;

tolong bawa jauh si hati mulus dari terus menetap di hari semalam...

pegang erat hati mulus; jangan lepas

tolong cepat...!

~bila semua tentang...aku silap itu..~

Tidak tahu arah mana yang betul, arah mana yang tepat, arah mana yang kamu mahu, arah mana yang kamu hendak...seperti hilang arah dan mati akal.terlalu banyak jalan.Tapi masih tersilap jalan...Apa lagi yang tidak kena? Apa lagi yang sumbang? Sudah diberi akal dan hitungan yang betul,tapi masih lagi sesat? Ada lagi yang salah?

Hanya sendiri rasa mulia, hanya sendiri rasa ikhlas, hanya sendiri rasa jujur. Hakikinya semua itu salah,semua itu orang benci,semua itu orang cemuh.Seolah tiada lagi akal yang setaraf dan hitungan yang sama paksi untuk ke jalan yang betul (hampir betul pun jauh lagi...)

Bila semua sudut tentang aku, silap itu aku lah tuannya.Aku lah salah itu...Sampai bila mahu hidup untuk hari semalam?Semua orang sudah bergegas, berkejaran ke hadapan...Aku masih menetap dengan sebati di hari semalam...Hitungan aku,sudah lalu jalan yang betul...Tapi salah lagi.Aku lah salah itu. Jangan hukum duniawi aku lagi..aku sudah dapat hukuman itu!

Sudah ramai tolong heret keluar aku dari hari semalam,tapi masih teguh dengan sombong menetap lagi di situ...haiiihhh.

March 3, 2008

~kepada Tuhan aku...lagi~

Kepada Tuhan aku ;

Ya Allah ya Tuhan ku yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Maha Melihat lagi Maha Mengetahui...selawat kepada Nabi junjungan kami, Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Ampun kan dosa-dosa kami Ya Allah, sesungguhnya kami adalah makhluk Mu yang sangat lemah dan banyak melakukan dosa kepada Mu ya Allah. Ampunkan lah dosa-dosa kami.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.Ya Allah Ya Tuhan ku yang Maha Mengetahui setiap zarah alam ini, kami memohon kepadaMu Ya Allah,tabah kan hati kami cekal kan hati kami menempuh ujian Mu ya Allah...Kami sangat lemah dan hanya RahmatMu kamu beharap.Ya Allah, permudahkan lah perjalanan hidup kami. Murah kan lah rezeki kami, Jauhkan lah kami dari segala kejahatan.Makbulkan lah doa-doa kami.Sesungguhnya Engkau la Maha Mengasihani ya Allah...Amin

Kepada kamu ;
Semoga kamu baik-baik sahaja. Semoga kamu mendapat rahmatNya. Puas lah hati kamu... :(