Kamu tahu apa yang buat aku dan kamu sebati? Kerana aku dan kamu ada perbezaan itu. Aku lunak kamu teguh, aku mencari (jalan keluar) kamu menyuluh... Kamu tahu apa yang buat aku dan kamu serasi? Kerana aku dan kamu punyai sikap para ijma' itu. Aku memula kamu mengakhiri, kamu membentang aku menggulung (perihal itu).
Kamu tahu mengapa aku dan kamu sepakat? Kerana aku dan kamu punyai jalan kanan dan kiri menuju satu mimpi yang sama.Aku yakini jalan kanan, kamu buktikan jalan kiri...Jalan yang berlainan tetapi sama sempadan. Kamu tahu mengapa aku dan kamu menyatu? Kerana aku dan kamu punyai sikap para fuqaha' itu. Aku setuju, kamu menentang...Aku berbahas kamu berdebat, kamu beralasan aku mewajarkan (dalil itu).
Kamu tahu mengapa aku dan kamu seiring? Kerana aku dan kamu punyai nafsu dan serakah itu. Aku mahu yang chantek tetapi dapat yang jelik. Kamu pingin yang baik tetapi dapat yang kurang molek...Kamu tahu mengapa aku dan kamu serupa? Kerana aku dan kamu punyai cenderung kepada kaseh yang sama. Aku ada juita kamu ada kurnia, dia puja kamu, aku damba dia...
Mahu selamanya sebati begini, hendak sentiasa serasi ini,
Moga kekalnya sepakat itu untuk padukan rasa menyatu
Ingin berjalan seiring bersama untuk sasuatu yang serupa...
p/s: untuk teman baik (my hotbabe)



