June 30, 2008

~sudah jerih untuk berperih...~

Bila tiada manisnya
Hilang sudah serinya
Bila tiada kesehnya
Mulai rasa selanya

Hilang
Asing

Lelah berperih
Hati mulai jerih
Penat menatap
Kerap meratap

Biar saja
Takdir berpentas
Akur saja
Yang baik mungkin melintas

Di suatu saat
Bila sesat
Jangan pernah
Aku di ingat


June 26, 2008

~...chemistry...~

Kepada Pelangi yang bawa untung,

(Aku)
Ingin saja mata teriak (setiap kerdipan)
Luah rasa yang kian galak
Hendak saja hati melaung (setiap nafas)
Ungkap kaseh yang sudah tergulung

Degup berkobar
Mahu melonjak keluar

Kemudi rasa yang meronta
Kelola rasa yang beringas
Agar tiada yang terkandas

(Kamu)
Hanya singgah
Ubat gundah
Tiba saat
Hilang resap...


p/s : pelangi petang by sudirman

June 24, 2008

~ Mahu lagi (tengadah...)~

Berulang kali
Curah air di daun keladi
Sering kali
Palu kepala sendiri

Benak
Buta
Dungu

Mahu lagi
Tidak pernah berhenti
Keras hati
Sakit sendiri

Sudah tahu
Tidak perlu tunggu
Biar mengelak
Dari terus melalak


~Wedding Fairytales~


"There is nothing half so sweet in life. As love's young dream..."


Fiena + Hairel





"...Whatever souls are made of, his and mine are the same..."

lea+ maher



"Two souls with but a single thought,Two heart that beat as one..."


tinie + cat farish



"Now join hands, and with your hands your hearts..."
rinie + najmie





"...He is blessed in love alone,Who loves for years and loves but one..."
lala + mizan




"I have spread my dreams beneath your feet;Tread softly because you tread on my dreams..."

aty + omar










p/s : kawen fever...!






















































June 21, 2008

~It is not strange ... to mistake change for progress~

Aku mahu berdandan chantek
Aku mahu bersolek yang indah
Moga-moga aku sahaja yang kamu menjenak
Harap-harap kaseh kamu tidak berbelah

Ya, untuk kamu
Ya, untuk aku
Hanya kamu
Abaikan aku

Aku juita
Kamu kirana
Aku derita
Kamu biar merana

Tidak semua menuju serakah
Tidak semua hanya mahu indah
Idam yang biasa
Damba yang hampir sempurna

Pandang aku
Di setiap kerdipan kamu
Agar aku
Sentiasa di situ

June 16, 2008

~Agonize + Poignant syndrome~

Keramaian yang galak bingar seolah di pasar. Suara girang riuh kencang, hampir semua bertempik garang...Tiada satu pun yang terngiang, seolah keadaan sunyi kelam.Hanya sayup bisik degup hati (berdebar).Apa lagi yang di impi?

Menggagau-gagau mencari
Yang ada cuma sepi
Berperih lagi
Pasti ; suatu hari (akan ketemui)

'aku nak kau cari aku di dalam kau! Tak jumpa kan? Sebab tak pernah ada...'

Murung, bila tiada yang berubah
Gusar, maseh ada yang tersasar
Menanti sesuatu, maseh keliru
Apa yang ditunggu, tiada yang tahu

Maseh lagi di sini
Setiap detik (mencari)
Kepingin
Pasti ada...






June 15, 2008

~Menggapai kamu (tidak sampai...)~

Kepada pelangi yang bawa untung,

Jangan biarkan sahaja aku berjalan hungga ke hujung dunia
Nanti hati sendiri sesat teraniaya
Jangan biarkan saja aku terbang ke bulan
Nanti raga sendiri tidak keruan

Ghairah mahu memiliki
Serakah mahu merangkul
Tidak endah,
Biar saja mulus disakiti

Menggapai kamu...(tidak sampai)

Jangan nyala api dalam linangan titisan
Jangan cabar arus yang lazim tenang
Aku yang rasa bahang
Aku yang rancak bergoncang

Ya, aku mahu (kamu)

p/s: 'heartbreaker' by wil i.am

June 11, 2008

~Mish u already,babes~



bbq wif my hotbabes-awesome!!!!
  • mish them so much
  • tk berubah wif all the 'ketapang' attitudes!lawaks yang geram+kutuk diri sendiri sebelum dikutuks!
  • mish the old days
  • neverending gelaks!
  • faera yang makan banyaks, tak berenti makan tapi kurus n asyik bermain mata dengan kekaseh hati yang memakai baju pink (menyampah!).forever love! ;p
  • me-yang tembam +gumoks+makan banyak!!!-nasi goreng kerabu yang sedap! mission make over akan di teruskan..from top model to supermodel= superstar! (jgn geram plis)
  • lea-yang....sbb die happy+umah cunz+hubby cool+keta cool+her hotbabes yang manteps!of course la i lap u laling.malam ni abang tido umah yayang k!hahaha
  • zura-terkenang kisah lama sbb her so called future bf yg tk jadi tetibe join.oopppsss!neway,best lepaking wif u. n of course, our girls talk! love u babe!
  • zt-love u so much babe!tk sangka dh tukar profession-stalker,mis know it all (gossips+hotstory). neway, dat guy yang hampir kena jampi serapah pun datang..ooppss!
  • maher and the gengs!!!-thanx for the foods.sedap pliss.xcept 'lam-zura fav word(lamb)


p/s : ye saya gemoks! oopps hehe ;p







June 5, 2008

~T..U.H.A.N~

Tuhan,

tolong hamba
Bersihkan hati
tolong hamba yang satu lagi
Buka kan hati

Tuhan,

Syukur
Reda
Harap
yang Tenang

Tuhan,
hanya Engkau
Maha Segalanya

p/s: Im not happy (if u're happy)

June 3, 2008

~tentang kamu: L.O.S.E.R~

Aku mahu di setiap saat
Kamu titip setiap hembusan dingin aku
Aku mahu di setiap detik
Kamu harung setiap gelodak lara aku

Chinta serakah
Kaseh merekah

Kamu muda di usia tua
Kamu di bawah ketika semua di atas
Kamu maseh mencari di saat kamu temui
Kamu tidak ke mana jika maseh begini

Yang di sini mahu
Yang di sana ingin
Sini merayu
Sana kepingin

Aku mahu melihat setinggi mana kamu terbang di atas
Aku mahu melihat sejauh mana kamu pantas berlari
Aku mahu melihat sepandai mana kamu bijak mengatur
Aku mahu melihat di saat kamu tersungkur (gelodak kamu tidak akur)

Gembira kamu untuk sesaat
Bertepuk kamu untuk sekedip
Girang kamu untuk senafas
Jatuh selamanya kamu tumpas

Di saat itu
Jangan cuba
Terlintas aku...

p/s: Zaf & Lah VE - Aku Bukan Untukmu