July 31, 2008

~biar..tidak endah~

Putus tali
Layang-Layang hilang pergi
Puas mencari
Tiada dahan dipauti
Ke sana ke sini
Terbang lagi

Kerap temui
Rapuh tidak bertali
Terbang lagi
Mencari yang pasti

Mengharap kamu, mengharap dia, mengharap semua
Tiada yang indah
Semunya susah
Hati gundah
Bila tengadah
Aku salah...
Biar..tidak endah...

July 24, 2008

~...di saat itu~

Di saat berjalan
Di tapak langkah
Terdetik
Hati berzikir
Pernah dia terlintas aku?

Hati meratap
Yang lesap
Tiada henti
Menanti lagi
Biar temanggu
Aku tunggu

Hanya kelam
Temani malam
Hingga pagi
Titip suram

Hati pedih
Tagih kaseh
Hati rayu
Meratap sayu

July 16, 2008

~...Bila sudah kecamuk~

Huru hara
Bila mana
Emosi berkocak kencang mahu lepas
Haiihh...

Bingung
Ketika mana
Chinta hati tidak henti kusut hati
Haiihhh

Bila dendam
Kaseh padam
Bila ungkit
Hati sakit

p/s: hurmm... semuanya itu!


July 14, 2008

~...Tekad (sudah akhir, barangkali)~

Untuk yang ke sekian kali
Tekad lagi
Hapus semua
Pedih lara

Akur bila tersungkur
Harap, tidak tertiarap (lagi)
Kali ini
Pasti

Biarkan dia
Sesuatu yang bukan dipuja
Jangan lagi
Bergundah hati...

Pujuk hati
Sekali lagi


p/s: Jangan Pernah Berhenti Berdoa

July 13, 2008

~...cari mulus~

Berkerumun
Junjung...bila disanjung
Berpaling
Pergi...bila seorang

khilaf
lazim
Ketika di atas
Saat di bawah

Mual dengan lagak selongkang
Bila mahu lekang (untuk yang ikhlas)
Jelik
Ketika mana kamu-kamu bergaya lancung

Celik mata
Pandang hati
Cari mulus...

July 8, 2008

~...Sundal~

Usah mengidam lagi
Bukan aku
Ingin ditemui
Sundal...yang dicari

Kaseh sudah pergi
Chinta Sundal yang dimimpi
Aku maseh bertarung
Undang siseh biar murung

Sia-sia
Biarkan saja
Tiada yang akan berubah
Sudah abadi ia berkubah

Bila pulih
Terus melangkah jangan toleh...

July 3, 2008

~ Denai dahulu...~

Puas di halau
Menghuni, tidak ganjak
Biar dipulau
Asal hati galak

Biar bergenang
Biar meraung
Biar dicaci
Saban hari

'Dia adalah chinta aku...!

Dia juga khianati kamu
Dia juga sakiti kamu
Dia sudah berpaling dahulu
Sudah lama berlalu...

Buka mata
Lapang dada
Bukan dia
Patut puja...

July 2, 2008

~Kelam~

Tidak perlu kepada matahari
Jika pudar segala cahaya
Tidak perlu kepada kirana
Jika jelik segala seri

Kelam di kala terik
Membatu ketika bergalak
Tidak serik
Biar terpelak

Mahu lagi
Sebegini...

Nyala bara di angin kencang
Mencagar, kilauan mungkin terang
Sudah tentu padam
Tidak perlu mengidam
Hingga hati dendam

Kepada hati
Jangan degil lagi
Biar pergi
Hilang sendiri...