August 13, 2008

~...sudah ada (ganti aku)

Terhoyong
Melayang
Longlai

Tika mana
Dia yang dipuja
Aku entah di mana
Cepat lupa

Senyum kosong
Tawa kosong
Hati kosong
Aku gelong

Ada saat
Aku tunduk
Hati kabut
Bukan kamu yang menjemput

Terbayang
Saat mengenang
Separuh hilang
Sakit bukan kepalang

p/s: Dia sudah ada (..yang baru)

August 4, 2008

~...sakit~

Kepada gadis dahulunya teman
Kerap tersiseh kala mengenang
Hati sayu bukan kepalang
Bila dikhianat, hati tidak keruan

Kerana dia hilang senyuman
Helah dia, mula bermusuhan
Hati sakit
Bila berbangkit
Hati gundah
Jiwa merekah

Tuhan, hilangkan semua dari aku
Tuhan, tabur kaseh untuk aku
Tuhan, buang terus luka yang lalu
Tuhan, tolong aku

Saat ini
Aku mengaji
Untuk kamu, untuk dia, untuk ini
Tuhan, hilangkan yang berkelahi