Berderu hujan batu
Jatuh meluru
Aku jua
Rebah terus ke bumi
Berderai tanpa henti
Pabila kamu tanpa hati
Berbicara...aku hampir mati
Harapan
Pengkhianatan
Perasaan
Beban
Bertugu
Menunggu
Berchanda
Di sana
Yang berkecamuk
Biar saja remuk
Yang berharap
Biar saja sentap
Liar mencari
Tiada yang pasti
Kamu jua
Tenung ke matamu
Mencari aku
Tiada di situ
p/s: Don't take things for granted
May 30, 2009
~Malam Minggu~
May 18, 2009
~...awake...~
Bersemadi dengan lenaku
Bermimpi dengan anganku
Ku agung setiap malamku
Untuk kita bertemu
Ku jaga
Ku pijak
Yang nyata
Hanya melalak
Jenuh berlabuh
Jenuh tunduk
Kian jauh
Zikir mengeluh
Hati luluh
Peluk tubuh
Kelu ungkap
Lidah senyap
Rakus rentap
Hati disentap
Setiap kerdipanmu
Tasbih kebencianku
p/s: The key to succeeding in a relationship is not finding the right person; it's learning to love the person you found.
~...Resap...~
Dentuman hembusan nafasku kian memuncak
Aku lemas dalam arus bengis kian galak
Gelodak petir yang terpacak
Aku berdiri semakin bongkak
Jiwa yang tiada keruan
Jiwa yang tiada haluan
Jiwa yang berkocak
Moga aku tidak terpelak
Hari malamku bak angin yang berlalu
Ku cicip suram kala kelam
Ku diam tenang
Dengar saja degupan berkumandang
Ku buka mata
Ku rasa bahangnya
Rupanya tiada apa
p/s: Cintamu by Dygta
May 15, 2009
~...Chinta (bidadari)...~
Mata redup
Angan sayup
Impi
Mimpi
Bidadari
Kemari
Larikan aku
Dari lembah
Kubah serakah
Usah berlabuh
Bawa aku jauh
Bidadari
Kemari
Usah tunggu lagi
Aku disini
Menanti
Chinta
Bukan di depan mata
Chinta
Entah di mana
Chinta
Damba
Kamu? (...bukan aku)
p/s: gaduh, jeling, ketawa, kissing
May 14, 2009
~...Aku & Kamu...~
Yang benci
Itu kaseh
Yang rindu
Itu pilu
Yang ingin
Itu maseh
Yang mahu
Itu kedu
Ketawa
Bergirang
Menangis
Bersedu
Tiba masa
Berangkat jua
Haluan kamu
Jalan itu
Haluan aku
Jalan berliku
Langkah depan
Tiada halang
Aku, kamu
Ada jurang
Aku, kamu
Ada silang
Tiba masa
Akur jua
Tiba masa
Sediakala
p/s: diam tanda setuju
May 11, 2009
~...Perihal Chinta~
Perihal Chinta
Tiada tanda
Tidak kemana
Hanya duka
Perihal Chinta
Hanya aku percaya
Langkahnya
Terhenti jua
Perihal Chinta
Ku agung
Tersadung
Meraung
Memekik melolong
Perihal Chinta
Bohong belaka
Tiada kesehnya
Nafsu semata
Perihal Chinta
Apa yang pasti?
Sakiti
Tunduk
Pejam
Titisan
Perihal Chinta
Harapan
Ke depan
Perihal Chinta
Di sini
Menyepi
p/s: KIV sudah jadi unlisted
Posted by Gloomy at 11:04 PM
May 6, 2009
~...Maseh sama...~
Pejam
Celik
Lena
Jaga
Maseh sama
Kanan
Kiri
Bangun
Duduk
Maseh sama
Betul
Salah
Patut
Tepat
Maseh sama
Mungkin
Barangkali
Angguk
Tunduk
Maseh sama
Mahu
Tidak mahu
Keliru
Rindu
Maseh sama
Aku
Kamu
Dia
Kita
Maseh sama
p/s: apa lagi?
May 4, 2009
~...Harus begini~
Tiada lagi yang putih
Pudar yang jernih
Baki redup
Mahu hidup
Bukan pak sanggup
Mahu menang
Lambung menjulang
Mahu tunduk
Sungkur terduduk
Usah beradab
Untuk dihadap
Usah molek
Untuk dijelik
Ketika ini
Harus begini...
p/s: haaiihhh...
~...Biarkan saja~
Sebati dengan aku
Yang ditunggu berlalu
Yang dinanti
Tidak kemari
Pabila ingin
Dia pingin
Marhalah jauh
Sanggup berlabuh
Pabila mahu
Ketemu
Tiada sudi
Jauh pergi
Yang tidak endah
Lazim mengalah
Tiada dihati
Tunduk pergi
Tiada apa
Biarkan saja
Cherita dia
Tidak kemana
p/s: "Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat" - A. Samad Said



