December 31, 2012

Sumpah

Benci.
Kalau lah engkau tidak lahir ke dunia ini, lebih baik.
Benci.
Kalau lah engkau tidak ketemu, lebih baik
Benci.
Tidak mengenali engkau, itu sepatutnya.

P/s: mhz

Ya Allah

Ya Allah

P/s: ya Allah

December 29, 2012

Faith

Ya Allah, berikan sesuatu kebaikan untuk ku.
Ya Allah, permudahkan jodoh kami
Ya Allah, pelihara lah jodoh kami
Ya Allah, panjangkan lah jodoh kami
Ya Latif
Ya Wajid
Ya Wadud

P/s: ya Allah makbulkan doa-doa ku. Ameen

December 27, 2012

Di sini

Di sini
Banyak cherita kamu
Di sini
Ada bahagia aku
Aku mahu rasa yang dahulu
Paling tidak, jangan di sia kan aku

Ya Wajid
Ya Latif
Ya Allah
Tolong hamba Mu

P/s: Laman Sanur

Baki-Baki

Baki-Baki hari yang penuh nikmat
Terima kaseh dengan segala rahmat
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

P/s: Ya Allah

December 26, 2012

Kamu

"pernah ada kaseh sayang dan ehsan suatu ketika dulu"

P/s: hati yang amat cenderung kepada yang berpaling.

December 25, 2012

Hatred

Benci.
Segalanya.
Benci.
Setiap adanya.

P/s: Ya Latif Ya Latif Ya Latif

December 24, 2012

Putus rasa

24 hari usaha menyambung chinta. Yang akhirnya sia-sia

Ujian kali ini amat kecil berbanding dosa-dosa ku.
Adakah layak untuk ku merayu
Aku pendosa, semoga Allah mengampuni ku

P/s: putus rasa dengan mu. Allah tolong aku

Sakit

BerDoa sepenuh hati
Berzikir namaMu tanpa henti
Berhajat hingga ke pagi
Engkau menolak, lebih baik akan ganti
Ujian
Demi ujian
Keseorangan
Hampir ke mati
Sampai hati
Kafarah ku barangkali
Ya Allah.
La ila ha illa anta subha na ka inni kuntum minnazhalimin
Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim Ya Qudus Ya Wajid Ya Wadud Ya A'ly Ya Latif Ya Wahab

P/s : sakit

Faith

Awak,

Balik la.

P/s: demi Allah jangan aniayai

December 23, 2012

Rumah ku Neraka ku

Pengakhirannya
Yang indah tanpak gundah
Yang bahagia jiwanya sengsara
Yang suka hatinya luka
Yang nikmat bukan lagi rahmat

Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Wajid
Ya Wadud
Ya Wahab

Ya Hafiz Tuhan yang Maha Pelindung

P/s : tujuh hari ke jalanMu

December 13, 2012

Sabar

Sementara dan pinjaman.
Bersyukur dan bersabar

December 12, 2012

You

"Im waiting for you... *sampai beku*
Im missing you...*hanya Tuhan yang tahu*
Im loving you...*malangnya, sepenuh hatiku*

P/s: Alam Prima

December 10, 2012

Bertemu

Adakalanya
Tidak bertemu mu
Mungkin akan baik belaka

P/s: "tiada hati" dan "tiada rasa"

December 2, 2012

Tolong

Ya Allah. Tolong aku

Allah

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku
Beri aku peluang Ya Allah
Kasihani diri ku
Permudahkan segalanya

P/s : Ya Wajid, Ya Jami', Ya Wahab

December 1, 2012

Tentang hati

Berkompang tentang hati
Barangkali ada yang mati

Bertasbih tentang Tuhan
Yang nyata cuma balasan

Setiap pertuturan, memintal kenangan
Setiap perlakuan, menanam dendam

Berbicara tentang fitrah, aku berserah
Mendamba tentang kamu, aku buntu
Berkumit tentang chinta, tiada bahagia
Cherita kamu...sama saja

P/s: tentang hati boleh bawa mati


September 4, 2012

Jalan

Jalan nafsu barakah kan chinta
Jalan itu merekah sengsara
Jalan nafsu hancur doa
Jalan itu jatuh merana

P/s: Allah... :(

September 2, 2012

Tolong

Tuhan,

Tolong.

P/s: ya Allah ;(

Theraphy

Tidur itu adalah ketenangan.

P/s: remuk.sabar

September 1, 2012

Kerana JalanMu

Menanti nikmat di setiap percaturan
Menghembus panjang di selengkoh kesengsaraan
Moga saja dipermudahkan
Sekali lafaz, pelihara keaiban

P/s: Tawakaltuallallah

August 31, 2012

Beku

Ada, luluh
Tiada, rebah

August 30, 2012

Kerana Mu

Kaseh kerana Allah
Chinta kerana Allah
Sayang kerana Allah
Semoga Allah permudahkan jalan untuk menuju ke jalanNya

P/s: maaf untuk segalanya. Terima kaseh untuk semuanya

August 26, 2012

Benci

"Perasaan benci yang menggila dan tiada mengakui kewujudannya"

P/s: sakit sampai sakit

4 Bulan

Qada' dan Qadar.4 bulan. Ya Allah.

P/s: sakit

August 17, 2012

Ampun

Aku dan dosa seperti isi dan kuku

P/s: ampunkan aku Ya Allah

August 9, 2012

Hati

"the moment you truely realize that everything happens by the permission of Allah, all your worries begin to fade away- as-sakinah"

P/s : Allah

August 8, 2012

Theme song


By Judika

Tersakiti

Ya Allah,
Tolong.

p/s: Tolong hamba Mu ini. Allah ku

August 5, 2012

Ya Tuhan

Allah kesayanganku,

Beriku kekuatan ya Tuhan
Tinggikan kesabaranku ya Tuhan
Permudahkan segalanya ya Tuhan
Makbulkan doa-doaku ya Tuhan
Jadikan aku redha dengan segala ketentuanMu ya Tuhan

Tuhan, kasihani aku

P/s: ... Sangat- sangat

August 1, 2012

Ampun

Aku pendosa
Aku abaikan Mu, taksub dengan dia

P/s: kifarah. Sesal

July 31, 2012

Dengan izin Tuhan

Tuhan,

Tolong.

p/s: Inshaallah

July 29, 2012

Maryam

Sabar itu sifat Maryam.

P/s: inshaallah

July 28, 2012

As-sakinah

Waspada terhadap kerinduan
Berjaga terhadap bisikan
Tuhan, beri ku as sakinah

P/s: la tahzan

Atas Nama Mu Allah

Aku, mahu dekat denganNya
Kamu, mahu ke jalanNya
Dia, mahu pulang ke rahmatNya

Apa aturanNya?
Yang mana dimakbulkanNya?

P/s: teruskan sehingga tiada ruang atau jalan yg dipermudahkanNya

July 27, 2012

Tersekat

Lemas.


p/s: sabar.

July 26, 2012

Misyu!

Teringat sambil tersenyum
Rindu.

P/s: bersangka baik dengan Allah

July 25, 2012

Tuhan Yang Maha Kaseh Sayang

Ya Tuhan yang Maha Kaseh Sayang
Permudahkan lah segalanya bagi kami untuk menuju ke jalanMu
Hanya dengan ehsan dan rahmatMu sahaja yang dapat membantu kami
Ameen

P/s: sabar sayang

July 24, 2012

Sakit

ada suatu ketika
hanya nafas yang ada
bila usaha
berbaur sia-sia
berserah itu sahaja
jalan mati yang ada

perlahan-lahan mahu melepaskan
seakan memisahkan darah dari badan
perit separuh mati menahan
kau dan aku hilang arah tujuan
hanya berusaha atau melepaskan, hanya itu jalan

p/s: saya sayang awak sangat-sangat sepenuh hati




July 23, 2012

Love Songs- Tribute to Him

Tribute to Him With Love

Astrid "Tentang Rasa"


Sleeq ft. Najwa Latiff "Untuk Dia"

Cheryl Cole - "Parachute"


Olivia "Fly me to the Moon"

p/s : Inshaallah

Love Songs- From Him With LoVe

From HIM with Love. Alhamdulillah

"Jangan tutupi hatimu"


Motif Band "Tuhan jagakan Dia"

Zizan ft. Kaka "Bawaku Pergi"


Kayant ft. Nabyha "Pelangi"

The Junas Monkey "Jadian"

3 Doors Down- "Here without you"

Sakit sampai sakit

...akan ada hati yang sangat terluka (aku).

P/s: buntu. Tuhan, permudahkan segalanya. Tolong.

July 21, 2012

Magic


Thank you Love







p/s: aku mengharapkan magic.Inshaallah



July 18, 2012

Wake Up Call

You.You.You. Its all about you.

"....If you're not giving your partner the attention that you're supposed to, don't get mad if someone else comes and replaces you..."

p/s: dont blame others. blame yourself. Im hurting too. *Thank Allah, Im not that bad*

July 17, 2012

1st Love

...seperti chinta pertama

p/s: Alhamdulillah

July 14, 2012

Undecisive

@TheLifeDiaries: How many times do you need to get hurt for you to know that it's time to let go.

P/s: hurt

July 13, 2012

Kifarah

"Mungkin aku bukan kepunyaan siapa-siapa..."

P/s: adat mangsa,jadi mangsa

July 12, 2012

Tawakal

Allah ku. Makbulkan doa ku kali ini. Tolong ya Allah

P/s: semua sudah tahu

July 11, 2012

Lelap dan Tiada

Aku lelapkan mata
Lupa segalanya
Moga saja
Buka mata
Ada dia

Namun dia
Berenak bercanda
Biarkan aku
Buntu
Jiwa merana

Aku lelapkan mata
Moga saja
Buka mata
Pulih segalanya
Dia chinta aku setulusnya

Namun dia
Putuskan segalanya


P/s: dia cari punca.aku terseksa.dia bersuka.aku merana

Keperluan

Reconcile
Surat
Serabut
Serba salah
Dilema
Sepatutnya
Kemampuan
...berpisah

Bila aku bukan lagi suatu keperluan

P/s: "...awak, jangan tinggalkan saya..."

July 10, 2012

Dia

Hancur.Lagi
Jiwa.Mati
Sampai hati

P/s: Allah,tolong aku

July 5, 2012

Nisfu Shaaban

Ya Allah Tuhanku
Ampun
Ampun
Ampun
Murahkan rezeki ku
Permudahkan segalanya Ya Allah
Kuatkan iman dan sabar ku

Allah,
Jika dia, permudahkan lah
Jika dia, tetapkan hatinya
Jika dia, murahkan segalanya
Jika dia, redha segalanya

Ameen.

P/s: sedaya upaya

July 1, 2012

Or

Compromise or sacrifice
Love or loyalty
Happy or calm
Me or us

P/s: Jog

June 22, 2012

Isteri

Isteri itu hakiki


P/s: if only

June 16, 2012

Batin

Usah didamba jiwa pilihan
Sedangkan abdi tempat persinggahan
Melayari keghairahan dalam pencarian
Pulang kembali itu pengakhiran

Isteri di tempat suami
Suami di tempat isteri

P/s: 6 bulan

Dear heart

Dear heart, why him?

P/s: song by Anuar Zain "Cinta harus memiliki"

June 13, 2012

Sakit

Sakit sampai sakit.

P/s:  starbucks

June 11, 2012

Take me for granted

Adanya aku untuk menutupi kelemahan mu.
Adanya kamu untuk membuka pekong aku
Aku julang chinta gemilang
Kamu buang nafsu dijalang

P/s: aku jua damba bahagia hingga ke syurga

June 5, 2012

Gapai

"Chinta abadi mungkin jua dari chinta nafsu nafsi..."

P/s: bahagia itu juga milik aku

May 24, 2012

Us

I miss Us.

P/s: only you and me. Only you

May 19, 2012

You

Thank you but im not belong to you
I would do anything for you
She would do anything with you
Thank you but im not belong to you

P/s: "Sometimes you have to accept that no matter how much you love someone, they are just not for you..." *tears*

May 18, 2012

Pelangi

Nikmati aku seghairah mu
Kemuncaknya akan jua berlalu
Bergirang sebelum aku kelu
Kamu.aku.hala tuju


P/s: berseronok-seronok dahulu, berteriak-teriak kemudian

May 17, 2012

Salasilah

Seutuhnya kaseh menunjang
Bilamana suami menjadi suami
Bilamana isteri ditempat isteri
Bilamana ayah disisi anak
Bilamana anak dibelai ibu
Ketika itu terhakisnya aku
Saat itu hilangnya aku
...dan sepatutnya begitu

Seandainya chintaku diredhaiMu
Dia menjadi suami
Tempatku adalah isteri
Dia ayah anak ku
Anak nyawa hati ku
Ketika itu aku disujudMu
Saat itu mensyukuri kurniaanMu
...dan sepatutnya begitu

Bawa aku ke syurgaMu
Tempat abadiku disisiMu
Tuhan, permudahkan segalanya
Tuhan, makbulkan semuanya

P/s: lack of companionship

May 8, 2012

Sempurna

Hentikan masa berlalu
Hentikan angin nafasku
Hentikan sekelilingku
... Kerana aku ingin menikmati mu

P/s: terima kaseh Tuhan untuk mimpi yang tenang.

May 6, 2012

Kondisi

Hati remuk
Jasad nazak
Roh kontang

P/s: takdir mu di sana

May 5, 2012

Allah

Allah kecintaanku
Ampun
Ampun
Ampun
Murahkan rezeki dan limpah rahmatmu kepada ku
Permudahkan lah segalanya
Tetapkan hatinya

P/s: jangan biar aku mati lagi

May 3, 2012

Perempuan

Chinta nyawaku
Permata jiwaku
Gelora hati yang teruja
Empunya segalanya
Miliki bintang selangitnya

Chinta nyawaku
Berahi aku semahu mu
Ratah aku di setiap penjuruku
Rangkul aku perempuan ujian mu
Moga saja engkau tahu
Adanya aku,lenyap milikan mu

Aku
Seluruhnya menagih mu
Genggam tanganku
Bawaku jalan yang satu

P/s: mati nikmat. seksa amat.


April 26, 2012

Chinta melangit

"... Tiada yang abadi bilamana chinta berubah hati
Berzanji
Moga hati tiada mati..."

P/s : bimbang

April 24, 2012

Punca

Terlebih kuah dari sudu is not healthy.


P/s: demand and expectation

April 20, 2012

Entiti escapism

...jiwa terhakis bilamana ianya digadai sebagai entiti escapism..."

P/s: if you're gonna play with fire then you're gonna get burned

April 15, 2012

Sebahagian

Keghairahan dambaan
Memancul kecenderungan
Menggadai kesungguhan
Menikmati sebahagian kebahagiaan
Ku hanyutkan kecintaan
Pada mu pujaan
Ku tanamkan keingginan
Pada mu kerinduan
Ku selitkan duri
Pada mu harapan
Ku tuai luka
Pada mu impian

Moga saja engkau tahu
Aku pernah mati dahulu

P/s: sabar

April 14, 2012

Tuhan, jagakan dia

Tuhan kechintaan ku,
Saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring
Saat tiada lagi waktu buat kita berkongsi cerita girang
Cukup saja ku rapatkan jari jemariku, menangkupnya
Lalu mendoakan dirimu
Dengan cara itu, aku memohon agar Dia selalu menjagamu

Tuhan kesayangan ku,
Jagakan dia untukku
Jagakan agar airmatanya tidak lagi jatuh
Jagakan dia agar cintanya selalu penuh
Untaikan senyuman dibibirnya
Terangkan cahaya matanya
Hangatkan hari-harinya agar selalu ceria
Sinarilah malamnya agar tidurnya lelap
Beri dia mimpi-mimpi indah
Tuhan, jaga dia untuk aku

P/s: jika aku bersama dia 10tahun dulu.

April 11, 2012

Eksaitmen

Perasaan yang menggila.
*angau*

P/s: wassaps

April 10, 2012

Tuan Punya

Nikmat yang padat adalah kenikmatan itu pemilikan ku
Keinginan
Kecenderungan
Kemampuan
Penyatuan
... bukan kepunyaan ku

P/s: shisha@anggerik

April 8, 2012

Teruja

"...Hati yang teruja, Jadikan aku sebagai keutamaan mu, puja aku di setiap siang dan malam mu...."

P/s: mhz

April 6, 2012

Dia-dia

Dia dia itu adalah pacu nafsu yang bakal meruntun ku
Dia dia itu wujud adalah kerana kamu
Dia dia itu yang akan menghakis ku
Dia dia itu adalah keseronokkan dalam sengsara ku

P/s : my heart is broken

March 24, 2012

La Tahzan

Dakwat pena sudah kering
Lembaran-lembaran catatan ketentuan sudah disimpan
Setiap perkara sudah diputuskan
Dan takdir sudah ditetapkan

Jangan menyangka
Roh ini untuk menahan tembok yang akan runtuh
Membendung air yang akan meluap
Menahan angin untuk tidak bertiup
Memelihara kaca supaya tidak pecah

Dengan izinMu
Sampaikan lah khabar gembira kepada malam hari
Nescaya sang fajar pasti datang menghalau kegelapan
Dengan izinNya jua, keredaan justeru mendatang sepantas kilat, secepat kelibat cahaya dan sekerdipan mata...

P/s: bersama kesusahan ada kemudahan

March 23, 2012

Rezeki

Segalanya rezeki dan segalanya aku, kepunyaanMu.

p/s: suram. Ya Allah, murahkan rezekiMu utk ku

March 21, 2012

Sesak

... Dan aku maseh sesak. Sedangkan kau tinggi berarak.

P/s: trauma ;( *Allah, tolong hamba*

March 20, 2012

Allah Maha Pelindung

Allah
Sembuhkan segala kesakitan ku

P/s: ;(

March 16, 2012

Tutup

Keluarkan dia dari nyawaku, jika dia bukan roh ku
Pisahkan dia dari geloraku, jika dia bukan nadi ku
Buang dia dari jiwa ku, jika dia bukan untuk ku

Penyiksaan
Di mana
Tiada rasa
Segala kenikmatan

P/s: zainul nasi kandar,pj

March 15, 2012

Ampun

Tuhan.
Ampun untuk penipuan ku
Ampun untuk munafik ku
Ampun untuk kelakuan ku
Ampun untuk percakapan ku

Tuhan
Dosa-dosa ku
Seluas lautan Mu
Ampun Tuhan

P/s : cheras

March 11, 2012

Noted

"....he won't comeback
He didn't keep his promisses
He lied to me
He won't comeback...".

Noted.

P/s: remuk

March 9, 2012

Pecah

Jantung pecah

P/s: kayu nasi kandar

March 8, 2012

Chinta mati ku

Chinta jiwa ku
Lebur kaseh ku
Pedih luka ku
Kosong hati ku

Chinta nyawaku
Hilang diri mu
Hilang arah ku
Mati roh ku
Pedih jasad ku

Chinta mati ku
Tiada apa-apa untuk ku
Chinta sejati ku
Chinta mati ku

P/s: he's seeing someone

March 2, 2012

Pendosa

Aku pendosa
Kerana itu
Aku diseksa

Allah...

P/s: Selamat Pengantin Baru Faerah ;)

February 28, 2012

Jawapan

Ada cherita, kemuncak
Ada cherita, merudum
Ada kisah, kecamuk
Ada kisah, meruntun
Kelilingku pura-pura
Kelilingku penuh dosa
Roh sengsara
Roh gelisah
Sujudku sudah tiada
Rayuku kian reda
Zikirku diam seketika
Tadahku hilang semuanya
Sang iblis mudah menoda
Aku semakin teruja
Memuja kemuncak dosa
Imanku hilang semuanya
Kaseh berbicara
Jawapan tentang jodohnya
Aku tidak setara
Dengan tinggi imannya
Akhirnya aku meronta
Melihat dia jauh di mata
Bahagia dirinya untuk selama
Aku tetap gelumangi dosa

Jawapan
Tentang balasan
Ampun
Tuhan

P/s: esso

February 19, 2012

Dosa

"...sekeliling meronta-ronta, bilamana tidak lekang dengan himpunan dosa...aku dilaknati Tuhanku"


P/s: qatar

February 18, 2012

Terus

Apa-apa pun ku teruskan
Cherita hati usah peduli
Sudah tertulis aku begini
Apa-apa pun ku jalankan

Chinta
Tiada chinta
Kaseh
Tiada kaseh

P/s: amcorp mall

February 10, 2012

Forever young, Forever love

Selamat hari lahir chinta!

Love you forever,
AZI

P/s: itu yang aku harapkan

February 8, 2012

Semua untuk ibu

"... Chinta sengsaraku, Ketawa ku buat ibu ku..."

P/s: my wedding 2012

February 4, 2012

Two faces

Ku gendang, biar bunyinya tenang
Rupanya sakit bukan kepalang
Ku gebang, biar suaranya girang
Rupanya pedih luka ku dalam

Tuhan, kasihani ku
Jangan uji, di luar kemampuanku
Tuhan chintaku
Aku lemah tanpaMu
Tolong aku
Duhai chinta hatiku

P/s: Allah chinta hatiku, jadikan aku seorang yang redha

Ke depan...

Roh dan jiwa yang perih
Tubuh dan daya yang pedih
Bila ku lemas tenggelam di daratan
Tersungkur jatuh di lautan
Ku atur satu persatu nafasku
Ku bangun menyusun langkahku
Ku langkah ke depan, biar sakit ku tahan
Pijak ku lemah, terus berlari ku tak endah
Biar sakit, ku tak mengalah

Yang nyatanya
Bila jatuh,ku parah
Bila cuit, ku berdarah
Bila retak, ku terbelah
engkau hilang,ku rebah

Hanya tinggal satu jalan
Bertapak duri ku ke depan
Biar tercalar selumbar tersemat
Asalkan aku sampai penamat

P/s: khilafmu maslahatku

February 3, 2012

2 sahabat

Melihat dua sahabat gebang kencang tentang kecintaan terhadap perempuan mereka.
Aku mahu tempias itu.
Aku mahu jadi perempuan yang mereka gebang.
Adakah ada yang mengkagumi chintaku?
Melihat aku pada ketika ini, tiada yang utuh bagiku.
Sudah tertulis jalanku.
Bagi dia, aku adalah kesilapannya...

p/s: kashaf dan veyron ;)

January 31, 2012

Anak

Aku mahu anak
Untuk tenang hati ku
Untuk bahagiakan ku
Untuk menjaga ku
Untuk bertahan demi ku

Aku mahukan anak
Untuk mandikan mayat ku
Untuk kafankan mayat ku
Untuk usungkan mayat ku
Untuk timbus liang lahad ku

Aku mahukan anak
Untuk cantum hatiku...

P/s: my heart is not cold but broken

January 27, 2012

How

Let it go. How?

P/s: sakit

January 26, 2012

Hati tenat

Chinta,

Hati sedang tenat...

P/s: keropok pedas dan lompok durian

January 22, 2012

Merisik

Awak bukan untuk saya. Noted.


P/s: hati empty.jiwa mati *merisik during chinese new year*

January 15, 2012

1st love

Unfortunately, you're my 1st love ;(


Ikhlas, chinta, kaseh,

January 13, 2012

Serah

"...Ada ketika, aku biarkan saja hinggakan jantung ku pecah kerna sudah tiada apa untuk aku selamatkan...berikan ajalku kepadaMu,hilangkan sengsaraku"

January 12, 2012

Tuhan, tolong...

Aku merasai setiap zarah waktu hatiku yang mendidih pedih
Aku mengharungi setiap titis arus kencang jantungku yang mendegup pantas
Allah kekasehku, ringankan ujianMu
Allah chintaku, kasihani hambaMu
Tuhan, tolong...



P/s: berzikir ttg kebencianku

January 11, 2012

240 hari

240 hari, berlari
240 hari, mencari
240 hari, sendiri
240 hari, tanpa pelangi
240 hari, tanpa angin
240 hari, tanpa jiwa
240 hari, mayat bernyawa
240 hari, hancur hatinya
selamanya...

240 hari, cukup, tutup

p/s: selamanya

January 10, 2012

Simpul

"... bila ianya tersimpul, kepadaMu doaku mengumpul
bila ianya tersekat, kepadaMu tadah mengangkat
Allah tolong..."