Ada cherita, kemuncak
Ada cherita, merudum
Ada kisah, kecamuk
Ada kisah, meruntun
Kelilingku pura-pura
Kelilingku penuh dosa
Roh sengsara
Roh gelisah
Sujudku sudah tiada
Rayuku kian reda
Zikirku diam seketika
Tadahku hilang semuanya
Sang iblis mudah menoda
Aku semakin teruja
Memuja kemuncak dosa
Imanku hilang semuanya
Kaseh berbicara
Jawapan tentang jodohnya
Aku tidak setara
Dengan tinggi imannya
Akhirnya aku meronta
Melihat dia jauh di mata
Bahagia dirinya untuk selama
Aku tetap gelumangi dosa
Jawapan
Tentang balasan
Ampun
Tuhan
P/s: esso
February 28, 2012
Jawapan
Posted by Gloomy at 12:58 AM
February 19, 2012
Dosa
"...sekeliling meronta-ronta, bilamana tidak lekang dengan himpunan dosa...aku dilaknati Tuhanku"
P/s: qatar
Posted by Gloomy at 5:31 PM
February 18, 2012
Terus
Apa-apa pun ku teruskan
Cherita hati usah peduli
Sudah tertulis aku begini
Apa-apa pun ku jalankan
Chinta
Tiada chinta
Kaseh
Tiada kaseh
P/s: amcorp mall
Posted by Gloomy at 10:04 AM
February 10, 2012
Forever young, Forever love
Selamat hari lahir chinta!
Love you forever,
AZI
P/s: itu yang aku harapkan
Posted by Gloomy at 12:37 AM
February 8, 2012
Semua untuk ibu
"... Chinta sengsaraku, Ketawa ku buat ibu ku..."
P/s: my wedding 2012
Posted by Gloomy at 4:22 AM
February 4, 2012
Two faces
Ku gendang, biar bunyinya tenang
Rupanya sakit bukan kepalang
Ku gebang, biar suaranya girang
Rupanya pedih luka ku dalam
Tuhan, kasihani ku
Jangan uji, di luar kemampuanku
Tuhan chintaku
Aku lemah tanpaMu
Tolong aku
Duhai chinta hatiku
P/s: Allah chinta hatiku, jadikan aku seorang yang redha
Posted by Gloomy at 12:41 PM
Ke depan...
Roh dan jiwa yang perih
Tubuh dan daya yang pedih
Bila ku lemas tenggelam di daratan
Tersungkur jatuh di lautan
Ku atur satu persatu nafasku
Ku bangun menyusun langkahku
Ku langkah ke depan, biar sakit ku tahan
Pijak ku lemah, terus berlari ku tak endah
Biar sakit, ku tak mengalah
Yang nyatanya
Bila jatuh,ku parah
Bila cuit, ku berdarah
Bila retak, ku terbelah
engkau hilang,ku rebah
Hanya tinggal satu jalan
Bertapak duri ku ke depan
Biar tercalar selumbar tersemat
Asalkan aku sampai penamat
P/s: khilafmu maslahatku
Posted by Gloomy at 4:15 AM
February 3, 2012
2 sahabat
Melihat dua sahabat gebang kencang tentang kecintaan terhadap perempuan mereka.
Aku mahu tempias itu.
Aku mahu jadi perempuan yang mereka gebang.
Adakah ada yang mengkagumi chintaku?
Melihat aku pada ketika ini, tiada yang utuh bagiku.
Sudah tertulis jalanku.
Bagi dia, aku adalah kesilapannya...
p/s: kashaf dan veyron ;)
Posted by Gloomy at 3:53 AM



