August 27, 2013

Mak pesan...

Sedang aku melonjak gembira
Sedang aku girang tertawa
Mak pesan, jangan keterlaluan

Sedang aku amarah berang
Sedang aku ghairah melancang
Mak pesan, jangan keterlaluan

Sedang aku menitip bahagia
Sedang aku agungkan chinta
Mak pesan, jangan keterlaluan

Mak pesan, jangan keterlaluan
Tenang untuk setiap perbuatan
Ini semua pinjaman
Akhirnya kembali pada Tuhan

P/s: mungkin suatu hari apa yg dipinjam perlu dikembalikan.

Alhamdulillah.

Ya Allah.
Terima kaseh.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Ya Allah
Alhamdulillah
Untuk segala rahmat Mu

28.6.2013
Aku seorang Isteri
Rupanya dialah suami
Ya Allah, ini aturan Mu
Tawakal ku segalanya untuk Mu

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

P/s : segala pujian hanya bagi Allah

January 4, 2013

Tidur. Lupakan semua.

Lelapkan mata
Moga saja
Ada yang berubah
Mungkin sesuatu yang indah

Lelapkan mata
Untuk aku lupa
Di setiap raungan lara
Nyah. Pergi saja

Lelapkan mata
Aku mahu tenang semula
Bersyukur di setiap adanya
Ya Allah, kesayangan hamba

P/s : bila benci

January 1, 2013

Benci

Titik permulaan ku
Menanam benih kebencian terhadap mu

P/s: hati saya sangat pedih