Aku tahu apa yang ada di dalam kamu. Kamu biar saja aku begitu. Aku runtun hati luluh. Kamu diam saja (bila) aku keluh. Kamu meluap-luap damba dia di sini, aku berharap-harap kepingin dia di sana...
'sayang tau tak malam ni..malam pe?'
'malam jumaat.haaa...! erm..malam ni ladies nite la.whoa! dah lama tk berduduk gembira...!"
'erm...u ingat ladies nite, i lak ingat pasal hari ni bufday dia...(kaku: berpandangan) hey hey, tkde ape la..i selalu gaduh setiap kali bufday die...'
'hurm...mayb die dah tk ditakdirkan utk dapat hadiah kot.hehe. sabar la Insyallah, tk de pape...'
'erm..dah2 la.tk de pape la...meh sini kat i...'
zzz...ruang lingkup hangat tadi pantas dingin yang aku tidak ingin.
Kamu berselimut penuh mahu sembunyi dia dari aku.
Aku menutup rapat mata, selindung dia dari kamu.
Riak bersahaja, berdebar rasa...Hanya Dia tahu, hanya hati mahu...
Sepatutnya dia-dia di sini bersama aku (bukan kamu).
'erm...mcm ne la dia celebrate bufday?, dia ok ke tak?' bertubi-tubi pancul di jiwa kosong kamu.
'haihh pe la yang dia buat, dia ingat tak kat aku...' berkeluh kesah di raga aku.
Ahhh, jangan kusut la!
Bisik-bisik kaseh itu biar saja kekal di situ
Jangan biarkan biru...
Menelah tembus dinding ruang lingkup,
mencari jalan yang tidak terlangkup.
Harap maseh tidak gugup (untuk terjaga hari esok)
Kerana aku tidak sanggup (untuk hilang semuanya,datang yang nyata)
Sudah lah...
malam ini layar hanyut yang bergelora itu,
esok hari kendali nyata yang pilu...
p/s: shhh...tido-tido.(kelompok aku memang begini)
April 18, 2008
~tentang dia-dia untuk cherita aku dan kamu...~
April 15, 2008
~...love is just a game...~
Cherita buat kamu dan dia:
Jemba aku selama senafas
Resap hilang aku tumpas
Tiupi aku dengan deras
Ghaib kamu amat pantas
Tatapi aku selama sekedip mata
Abaikan aku selamanya...
Kenapa ada(kamu)
Kenapa datang (kepada aku)
Kenapa tandang ( di dalam hati)
Kenapa hilang (begitu saja)
Seorang lagi tidak tetap hati
Seorang lagi buta hati
Seorang lagi chinta (dia) sampai mati
Seorang lagi biar aku makan hati
Seorang lagi sampai hati...
Begitu senang bukan? Biarkan aku ratap bersedu. Kamu tenang bukan? Buang saja aku begitu...Sekali lagi aku mengalah, untuk kamu yang pilih mahu hidup merekah (berpayah bersama dia)
Datang kamu seperti angin, selamanya aku rasa dingin. Belai aku untuk senafas, selamanya aku rasa lemas. Peluk aku semahu erat, selamanya aku idam hingga ke akhir hayat...
p/s: The Magic Numbers- 'love is just a game'
April 11, 2008
~Ijab (tawaran) untuk kamu : Qabul (terima) untuk aku...~
Aku cepat meluap, namun aku juga pantas memadam
Aku keras bersuara, namun aku juga jujur berkata
Aku suka timbulkan amarah, namun aku juga sedih merekah
Aku selalu merajuk, namun aku juga ingin dipujuk
Aku lazim berkecamuk, namun aku juga mudah tersusun
Aku mudah mengamuk, namun aku juga senang bertenang
Aku suka menentang, namun aku juga redha menatang (menerima)
Aku kerap beralasan, namun aku segera mewajarkan
Aku sulit zahirkan chinta itu, namun aku pasti sampai akhir ada kaseh itu
Aku idam yang kirana, hapuskan yang merana
Aku senang yang mudah, abaikan yang payah
Aku mahu yang lurus, jauhkan yang liku
Aku suka yang senang, hilangkan yang tak keruan
Aku hendak sederhana, tidak yang keterlaluan
Aku ingin yang sentiasa ada, dingin yang selalu tiada
Aku idam yang setia, buang jauh yang suka aniaya
Aku pingin yang berhati tulus, jauhkan yang tidak telus
Aku ingin yang intim, elakkan yang dingin
Aku suka yang ada upaya, galangkan yang berleka
Aku mahu yang aman, hindarkan yang baran
Aku harap yang baik, sisehkan yang jelik
Aku mimpi yang sempurna, hilangkan yang berduka lara...
Kepada kamu:
Aku seorang yang biasa, yang pasti selalu berusaha
Aku tidak menjanjikan apa-apa dan aku juga tidak pernah berputus asa (untuk sempurna itu)
Aku ada hampir segalanya
Aku punyai cela dan miliki istimewa
Mahu kamu tampung yang cela itu, kendalikan istimewa aku
Aku tawarkan kepada kamu semua itu (kurniaan sifat, santun sikap dan setulus hati) : untuk kamu menatang aku (sepenuhnya)
p/s: definitely ; mayb
April 9, 2008
~Pergi jahanam semua: kamu-kamu memang celaka!~
Ya, untuk kamu di seberang sana...
Kamu senang sendiri,pedih kamu beri (kepada aku). Berenak sendiri, teriak kamu kasi (kepada aku). Bila sudah terkepit aku yang kamu cari, bila sudah tersepit aku yang kamu mimpi. Kamu memang celaka! Mula kompang tentang tunduk (hormat), mula gebang tentang kaseh. Mula tunjuk aku, aku lah khilaf itu, mula sumpah aku, aku lah salah itu! Kamu yang betul, kamu yang mulia,kamu yang tahu itu ini, kamu memang celaka!
Ya,untuk kamu yang di sini...
Kamu mahu dia? Aku yang kamu hina. Kamu idam dia? Aku yang kamu godam...Jadikan aku sebagai lacuna kamu dan dia, tempatkan aku sebagai anjung kamu dan dia, Mahukan aku sebagai perantara aku dan dia : kamu memang celaka! Kamu tenang sekarang? (dia puja kamu) Kamu seperti di awangan?(dia pilih kamu) Kamu seperti mahu terbang?(sambil senyum sendirian). Bertenang-lenang lah kamu untuk semusim sahaja...
April 7, 2008
~Aku dan kamu: tentang perbezaan itu...~
Kamu tahu apa yang buat aku dan kamu sebati? Kerana aku dan kamu ada perbezaan itu. Aku lunak kamu teguh, aku mencari (jalan keluar) kamu menyuluh... Kamu tahu apa yang buat aku dan kamu serasi? Kerana aku dan kamu punyai sikap para ijma' itu. Aku memula kamu mengakhiri, kamu membentang aku menggulung (perihal itu).
Kamu tahu mengapa aku dan kamu sepakat? Kerana aku dan kamu punyai jalan kanan dan kiri menuju satu mimpi yang sama.Aku yakini jalan kanan, kamu buktikan jalan kiri...Jalan yang berlainan tetapi sama sempadan. Kamu tahu mengapa aku dan kamu menyatu? Kerana aku dan kamu punyai sikap para fuqaha' itu. Aku setuju, kamu menentang...Aku berbahas kamu berdebat, kamu beralasan aku mewajarkan (dalil itu).
Kamu tahu mengapa aku dan kamu seiring? Kerana aku dan kamu punyai nafsu dan serakah itu. Aku mahu yang chantek tetapi dapat yang jelik. Kamu pingin yang baik tetapi dapat yang kurang molek...Kamu tahu mengapa aku dan kamu serupa? Kerana aku dan kamu punyai cenderung kepada kaseh yang sama. Aku ada juita kamu ada kurnia, dia puja kamu, aku damba dia...
Mahu selamanya sebati begini, hendak sentiasa serasi ini,
Moga kekalnya sepakat itu untuk padukan rasa menyatu
Ingin berjalan seiring bersama untuk sasuatu yang serupa...
p/s: untuk teman baik (my hotbabe)
April 6, 2008
~...mahu cepat hilang ( jolokan syaitan)~
erm...kamu tersedak semalam?
Kerana aku berbicara tentang kamu
erm...kamu kepingin aku semalam?
kerana aku berdoa kepada Tuhan tentang kamu...
kamu lapang sekarang bukan?
kamu sudah buang jauh aku
kamu senang sekarang bukan?
kamu sudah ada yang baru...
harusnya aku akur dari mahu terus kejar untuk tersungkur
harusnya aku pasrah dari mahu terus dungu untuk merekah
sepatutnya aku sedang berlari pantas untuk hari esok-esok
sepatutnya aku sedang terbang tinggi untuk hari esok-esok...
April 4, 2008
~...saat : ketika (aku tahu cherita itu) ~
seperti langit runtuh menjunam menimpa di tengah kepala aku
seperti kilat garang bersulang di tengah hati aku
seperti guruh bertempik mengecai jasad aku
Saat ketika aku dengar kamu mahu mempelai (yang aku tidak tahu...)
Rasa mahu saja meresap hilang seperti angin
Rasa mahu saja menjerap jerlus seperti pasir
Rasa mahu saja memisah terus seperi jasad dan roh(mati)
Saat ketika aku tahu cherita murung yang aku dingin...
celaru untuk bergenang (air mata) atau tenang
keliru untuk buang atau mengenang
yang sahih aku pilu berhiba
yang nyata aku duka berlara...
~...Alhamdulillah ; moga kamu (perasaan senang) menetap lama...~
Berharap bersungguh idamnya pelangi chantek berlabuh sampai hari-hari akhir (selamanya)
Berharap sepenuh kiranya hari senang begini akan menghuni sampai hari-hari akhir (sentiasa)
Berharap sememang mahunya tiada lagi kamu (si hati jelik) di sini
Berharap setinggi agarnya kamu (si hati jelik) tidak galang lagi aku yang mulus ini...
Damba kamu (pari-pari) kemari ke sini
Pingin kamu (pari-pari) jangan tangguh lagi
Mahu saja peluk erat tidak mahu dilepas
Hendak saja tambat ketat tidak mahu dikebas
Adanya kamu (pari-pari) hilang lah lara
Temani aku lesap lah duka
Belai aku rasa lega
Kasehi aku rasa sempurna...
April 2, 2008
~...Aku (kepingin kamu)...~
Aku : Ish pergi jauh! Aku tidak mahu kamu...!
Kepingin kamu : Tapi kamu sangat kepingin aku bukan? Jangan selindung, aku tahu...
Aku : Aku tidak mahu! Faham? Aku tidak hendak kamu (selalu menyusahkan aku!) Sudah, pergi jauh!
Kepingin kamu : Kamu jangan dalih dengan hati mulus kamu, kalau kamu tidak hendak aku..bagaimana aku boleh ada di sini? (di hati mulus kamu)
Aku : Aku tidak boleh! Kamu dan dia sangat jahat. Aku tidak boleh terima kamu dan dia! Pergilah jauh-jauh...Jangan datang lagi (selagi kamu ada di sini, semakin parah hati mulus aku!)
Kepingin Kamu : Hati mulus kamu yang sayup-sayup alu aku ke sini (dalam hati mulus kamu) dan aku dah ada di sini (sudah lama sebenarnya)
p/s : haiihhh bagaimana mahu buang jauh kamu (kepingin kamu)?
April 1, 2008
~...mahu terbang~
Alhamdulillah...kepada Tuhan aku.
Hati lara sudah hampir tenang
Hantar dia jadi pari-pari buat aku senang?
Alhamdulillah kepada Tuhan aku...
Semuanya (duka lara) akan pupus, Insyallah
Mahu sampai akhir rasa di awangan
Mahu sampai esok mimpi berangan
Semuanya (hati resah) akan lupus,Insyallah...
Mahu saja senyum ( seperti matahari)
Mahu saja terbang
Mahu saja menari
Mahu saja tenang (sampai akhir)
p/s: chantek by altimet ft. adeep fab.cats



